Sunday, April 29, 2012

Alien & Tamadun Purba - MISTERI PIRAMID GIZA

Semua orang tahu apa itu pyramid, bila sebut piramid sahaja, secara automatik akan termpampang di kepala mengenai piramid di Giza, betul tak? It's common sense. Tapi, adakah semua orang tahu bahawa terdapat 1001 misteri pada piramid ini..? Tak tahu apa misteri nya? Teruskan membaca...

Menurut sumber-sumber tertentu, kononnya piramid-piramid ini di bina khasnya untuk Makam Firaun Khufu pada dinasti ke-4 mesir, di bina dalam masa 22 Tahun. Saiz asal pada piramid Khufu  adalah 146.5 meter tinggi tetapi oleh kerana berlakunya hakisan, dan pencurian batu tersebut, ketinggiannya pada sekarang adalah 138.8 meter. Tapaknya pula adalah seluas 230.4 meter. Jumlah berat pyramid ni di anggarkan dalam 5.9 juta tons. Bangunan ini adalah bangunan tertinggi di dunia selama 3,800 tahun sehinggalah di pecahkan rekod oleh bangunan Lincoln Cathedral di England yang mana menorak langkahnya pada 1300 A.D.  Terdapat 3 Piramid agung di giza, iaitu Khufu, Kharfe & Menkaure:


Persoalan yang sering anjurkan di sini adalah,

BAGAIMANA MEREKA MEMBINA PYRAMID TERSEBUT DALAM MASA 22 TAHUN?
Setiap batu di piramid tersebut adalah seberat 5 - 12 tons. Berat tersebut adalah bersamaan dengan 6 buah kereta Nissan Skyline yang di angkat secara serentak. Berat bukan? Bagaimana manusia primitif pada zaman dahulu, yang tidak mempunyai teknologi, tidak mempunyai pengetahuan yang luas, mampu mengangkat batu batan tersebut?
Ada yang berpendapat mereka menggunakan beratus pekerja yang mahir untuk menarik dan menolak batu batan tersebut sehingga ke atas.. Persoalannya, adakah itu satu benda yang mustahil? Sepertimana di ketahui umum, Pyramid di bina dalam masa 22 tahun sahaja, Untuk piramid tersebut siap dalam jumlah masa tersebut, Mereka perlu Memotong, Transport, dan Letak Berjuta-juta batu tersebut di tempat yang sepatutnya dalam tempoh setiap 9 SAAT! It's impossible!! Satu benda yang mustahil untuk di buat, Even menggunakan teknologi moden seperti kita pada zaman sekarang ini, adalah MUSTAHIL untuk membina pyramid yang sama dalam tempoh 22 tahun.... So, how did they do it? Mungkinkah mereka mendapat satu teknologi khas daripada tuhan-tuhan mereka yang menolong mereka untuk membina piramid tersebut? Mungkin.. Siapakah tuhan-tuhan mereka?? Mengikut Kitab Purba Mesir, mereka mengatakan tuhan-tuhan mereka sebagai ''The Guardian of The Sky". Tidakkah itu berbunyi seperti seolah-olah entiti apa yang kita gelar pada zaman sekarang sebagai Makhluk Asing? yang Asing dari bumi ini? Jawapannya YES!.. Tuhan bagi orang-orang mesir purba dahulu adalah Extraterrestrial!. Tuhan mereka ini mungking memberi teknologi pada mereka, mungkin seperti anti-gravity, atau apa2 levitation technology yang memungkinkan mereka untuk membina pyramid dalam masa 22 Tahun.

SIAPA YANG MEMBINA PYRAMID TERSEBUT?
 Pyramid Giza, mempunyai series of terowong yang unik, dan pada makam Raja pula mempunyai dinding yang di perbuat daripada Granite and Marble, jika mengikut saintifik, batu batan tersebut hanya boleh di dapati di lokasi sejauh 1000 batu dari kawasan tersebut, bagaimana mereka hendak membawa batu batan tersebut ke lokasi itu? Dan architecture di dalam pyramid tersebut is just unik and complex. Architect yang membinanya hendaklah mempunyai pengalaman & pengetahuan yang luas.


Menurut text purba mesir, mereka mengatakan ianya Firaun Khufu, TETAPI, ada juga manuscript yang mengatakan ianya di bina oleh Firaun Saurit, saurit jika di tukar dalam bahasa Hebrew adalah Enoch, moyang kepada Noah (Noh).

Menurut buku dalam perjanjian lama, bahagian Genesis, Enoch di angkat oleh tuhan untuk bertemunya. Manakala, jika mengikut sebuah lagi kitab yang bernama 'The Book of Enoch', Enoch di angkat oleh tuhan nya ke Syurga selama 300 Tahun. Dalam tempoh itu, Tuhan mengarahkan deity yang lain (mungkin boleh di tafsirkan sebagai malaikat), mengarahkan untuk menurunkan ilmu kepada Enoch. Apa yang menariknya, dalam kitab tersebut, Maklumat yang di perolehi adalah Spesifik. Sebagai Contoh, Enoch mengakatan bahawa beliau menemui beberapa malaikat di laknat (Fallen Angels) iaitu Azazel, Rameel, Araqiel, dan etc. Dalam kitab tersebut mengatakan, Enoch di didik oleh malaikat-malaikat tersebut dan di beri ilmu astronomy, engineering, sains dan macam-macam lagi. Bayangkan selama 300 tahun di syurga, perbagai Ilmu yang boleh di perolehi. Jadi tidak mustahil lah jika Enoch dah mempunyai ilmu-ilmu tersebut, mampu untuk membina Pyramid di Giza.


Theory yang lain adalah, Makhluk Asing. Makhluk Asing membina pyramid ini, mungkin atas 2 dasar faktor, 1, sebagai 'battery besar'. Ini adalah kerana, mengikut fakta saintifik, gelombang electromagnetic  (universe field) adalah kuat di Pyramid Giza. Ini adalah kerana terdapat lorong udara bersiri di dalam pyramid tersebut yang menukarkan gas oksigen kepada karbon dioksida (this is normal, photosynthesis), tapi bila gas tersebut di bebaskan ke luar, somehow, It changed kepada Hydrogen, hydrogen adalah sinonim dengan dark matter, dan dark matter merangkumi gelombang elektromagnetic!. . Mungkinkah pyramid ini menjadi salah satu tapak perhentian / recharge bagi kenderaan angkasa? Maybe.

The REEALLL MYSTERYYY...
Menurut kitab purba mesir, Tuhan mereka, iaitu Osiris yang dikenali sebagai tuhan Selapas Mati, lebih kurang seperti Hades dalam Mythology Greek. Kitab mesir mengatakan bahawa Osiris adalah sinonim dengan bintang ORION. Bukan sahaja mesir, malah, banyak mythology yang mengungkapkan benda yang sama (Tuhan mereka yang 'datang dari langit' berasal di Orion), tetapi itu akan di terangkan pada entri yang lain. Orang mesir purba, percaya tuhan mereka berasal dari Orion's, tetapi, bagaimana mereka mendapat Ilmu Astronomy lebih 5000 tahun dahulu?? Ilmu astronomy hanya muncul selepas zaman itu.

 Jika di lihat juga dari segi Allignment, Pyramid di Giza 100% tepat dengan posisi Orion's Belt. Di atas adalah gambarajah Orion's Constellation dan Pyramid Giza. Jika gambar tersebut d super impose, anda akan terkejut dengan ketepatan architecture dan geographical allignment seperti di bawah.

Menarik bukan? Tetapi, mengikut kajian saintis astronomy, Orion's constellation pada 5000 tahun dahulu adalah tidak kelihatann.. Jadi, BAGAIMANA mereka tahu Orion's Constellation itu Wujud??? Mungkin mereka menerima maklumat tersebut dari Tuhan mereka. Tuhan mereka seolah-olah berbunyi sebagai 'pendatang dari luar'. Asing!. Apa yang kita panggil pada zaman sekarang mengikut logik adalah Makhluk Asing.

Lebih 1001 Misteri Piramid yang belum sempat saya kaji sendiri atas dasar faktor kekurangan maklumat dan bahan-bahan dalam internet tidak boleh di percayai. Jika diizinkan, mungkin satu hari nanti Manusia akan berjaya mengungkap misteri di sebalik Pyramid Giza Ini.


Bersambung.....

0 comments:

Post a Comment