Tuesday, September 25, 2012

Fakta Freemasonry



Tujuan saya untuk menulis artikel ini adalah untuk perbetulkan fakta tentang freemason. Terdapat banyak konspirasi dan fitnah di luar sana yang mana mengelirukan serta menyesatkan. Terlebih dahulu biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya Jake Hays, berketurunan American dan Sabahan, beragama Islam, dan keluarga saya mempunyai latar belakang freemasonry sejak dari abad ke 19 lagi. Untuk menulis artikel ini, saya tidak akan mewakili mana-mana lodge, mahupun mother lodge saya sendiri. Segala fakta dan pendapat yang saya huraikan di sini adalah pendapat saya sendiri.




Freemason seringkali di kaitkan dengan agama, mengapa?
Siapa kah freemason?
Apakah Tujuan mereka?



Freemason mempunyai 33rd Degree?
Freemason mempunyai tiga degree (level), iaitu Entered Apprentice, Fellow Craft dan juga Master Mason, ini adalah freemason. Kemudian ada badan-badan persatuan yang lain (appendant bodies) yang mana berkaitan dengan freemason melalui perkara yang tertentu. Ini termasuklah York Rite, Scottish Rite, Shriners, The Eastern Star, untuk yang bawah umur pula adalah Order of Demolay, Rainbow Girls, Job's Daughter dan lain-lain. Persatuan-persatuan ini terikat dengan atas perkara-perkara tertentu, namun pokoknya di sini mereka ini bukan Freemason. Mereka mungkin ada syarat-syarat tertentu untuk serta sebagai contoh hendak lah menjadi seorang Master Mason, atau budak-budak yang ada pertalian darah dengan seorang Freemason dan lain-lain. 


Appendant Bodies tadi mungkin juga mempunyai system degree / level seperti freemasonry, dan degree mereka it,  tidak bermaksud pangkat mereka lebih tinggi dari seorang Master Mason dalam Freemason. Di dalam Freemason, pangkat tertinggi yang mana seorang mason boleh perolehi adalah 3rd Degree Master Mason. Tidak ada yang lebih tinggi daripada itu, namun di sebabkan persatuan-persatuan lain mulakan degree mereka dari number 4 dan seterusnya, maka hal seperti ini yang mengelirukan semua orang bahawa kononnya freemason mempunyai 33 degree. Seorang master mason yang mana mempunyai 33 degree dalam appandent bodies tersebut, pangkatnya tetap sama dengan seorang master mason 3rd degree. Orang umum melihat keseluruhan satu degree yang sama kerana FREEMASON mempunyai degree 1 hingga 3, manakala persatuan yang lain mempunyai degree 4 - 33. "4 - 33" ini bagi saya di considered sebagai optional. Tidak kira samada di perolehi atau sebaliknya, tidak ada pangkat yang lebih tinggi dari 3rd Degree Master Mason. So, Jawapannya No. Freemason tidak mempunyai degree lebih daripada 3.

Kami sebagai mason sendiri tidak tahu bila sebenarnya freemason di tubuhkan. Namun kami mempunyai rekod bahawa freemasonry boleh di kenalpasti sehingga kurun ke 13. Kami juga mempunyai banyak rekod dalam kurun ke 16. Kemudian, pada tahun 1717, beberapa lodge masonic bergabung bahu kemudian menubuhkan sebuah Grand Lodge, iaitu Grand Lodge of England, grand lodge yang pertama.Kemudian pada tahun 1730, mula didengarkan bahawa terdapat degree tambahan di buat oleh sesetengah master mason seperti Scotch Master, selepas itu terdapat lagi 4 degree lagi di tambah. Kemudian pada tahun 1801, Scottish Rite di tubuhkan. Jadi di sini, kamu boleh lihat bahawa appandent bodies tadi tertubuh hasil daripada sesetengah mason mencipta degree tambahan. Pada tahun 1800 juga tertubuh northern jurisdiction dan kemudian southern jurisdiction.

Di bawah, adalah sedikit sebanya soalan umum yang selalu di ajukan. Saya menjawab atas apa yang saya belajar sewaktu berada di dalam lodge (sekali lagi, tidak merujuk atau mewakili kepada mana-mana lodge).


Adakah Freemason ini sebuah agama?
No. Freemasonry adalah sebuah fraternity atau persatuan, ia bukan lah sebuah agama. Ia adalah sebuah organisasi yang berdedikasi untuk menjadikan seorang lelaki yang baik, menjadi lebih baik. Freemasonry hormat kepada agama yang di anuti oleh ahlinya, tidak kira samada Islam, Kristian, Hindu dan etc. Freemasonry tidak mempunyai apa-apa ajaran yang bercanggah dengan agama, mahupun perlakuan yang melampaui batas agama.

Apakah Ajaran Freemason?
Freemason mengajar seseorang individu untuk melakukan improvement moral, prinsipal dan lain-lain melalui pembelajaran. Freemason menggalakkan ahli nya untuk belajar, termasuklah dengan membaca falsafah yang di tulis oleh penulis-penulis pada zaman dahulu. Freemason tidak mengamalkan pendapat penulisan purba namun ia di jadikan sebagai bahan renungan dan menjadi penilaian setiap indivitu. 

Adakah Freemason ini sebuah organisasi rahsia?
No. Andaikata freemason adalah organisasi rahsia, sudah tentu anda tidak akan mengetahuinya. Freemason adalah fraternity yang mana terbuka kepada semua berdasarkan syarat-syarat kelayakan masonic. Meeting masonic selalunya di hebahkan secara public, bangunan-bangunan masonic di tanda dengan sejelas-jelasnya, dan seorang mason juga berbangga untuk memakai symbol masonic (rantai, pin, cincin & etc). Freemason mewarisi tradisi iaitu tradisi pertukaran rahsia daripada cathedral building guilds sewaktu zaman gelap Eropah. "Rahsia" freemasonry sebenarnya ada kata laluan traditional, tanda-tanda pengiktirafan dan presentation secara dramatik tentang pembelajaran moral. Freemasonry adalah terbuka untuk semua lelaki yang mempunyai karakter yang baik serta percaya kepada kewujudan tuhan. Freemasonry tidak melakukan diskriminasi samada pada bangsa, agama atau pun taraf dan pangkat.

Adakah Freemason mempengaruhi agama?

No. Freemasonry tidak mempengaruhi mana-mana agama, namun prinsip prinsip serta moraliti Freemasonry sedikit sebanyak di pengaruhi oleh agama pilihan ahli nya.

Adakah Freemason ini sebuah organisasi global?
Tidak ada mana-mana badan yang mentadbir Freemasonry. Setiap lodge adalah sama, tidak ada lodge yang boleh mentadbir satu lodge ke satu lodge. Sebuah lodge hanya boleh mentadbir lodge mereka sendiri sahaja. Kuasa penuh di dalam Masonry adalah Grand Master of Masons , bukannya seorang Grand Commander ataupun mana mana ahli yang lain. Grand Master of Masons boleh menggantungkan keahlian mana-mana ahli di dalam lodge nya sendiri sahaja. Tidak ada konsep Organisasi Global dalam Masonry, namun masonry wujud di setiap benua.

Kenapa Freemason memilih symbol All-Seeing Eye?
All-seeing-eye melambangkan bahawa Tuhan itu maha melihat dan maha mengetahui setiap perbuatan kita, dan ia juga menjadi peringatan kepada mason bahawa pemikiran dan amalan di dunia akan di catat dan akan di nilai oleh Tuhan. 

Mengapakah wujudnya golongan Anti-Freemason?
Selalunya, anti-masonry memegang kepada dua subject iaitu: Agama "Seorang muslim tidak boleh jadi seorang Mason" dan Konspirasi Politik untuk "mengawal dunia". Hal ini bagi saya adalah menarik kerana, sewaktu berada di dalam lodge, ahli-ahli mason tidak di benarkan pun untuk berbincang tentang Agama mahupun Politik, namun dua isu ini juga yang digunakan untuk menyerang fraternity ini. 

Jika Freemason itu organisasi biasa, mengapakah ada "rahsia"?
Sebenarnya tidak ada banyak rahsia yang ada dalam freemasonry, malah sebenarnya setiap ahli mason sebenarnya keliru, mana satu yang menjadi rahsia nya. Prinsipal moral Masonry adalah sama seperti yang di ajar sewaktu kita berada di bangku sekolah, cuma hanya prosedur dan cara penyampaian  prinsipal itu tadi yang di ajar dalam masonry adalah rahsia, kerana pengetahuan ini membenarkan seseorang mason untuk membezakan seorang mason dan bukan mason. Untuk memasuki sebuah lodge, seorang mason mesti memperkenalkan dirinya, dan rahsia-rahsia itu tadi di praktik kan untuk membuktikan bahawa seorang itu adalah mason. Term yang sesuai daripada rahsia adalah privacy. Masonry bukan organisasi public seperti PIBG sekolah dan lain-lain, ianya seperti Country Club dan etc. Tidak ada seorang pun yang bukan ahli, berhak untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir, ia adalah group peribadi, lebih layak di panggila peribadi daripada rahsia.

Mengapakah seorang ahli hendak mengangkat Sumpah sebelum masuk Freemason?
Ahli baru hendaklah membuat sumpah yang suci dan benar mengenai perbuatan mereka sewaktu berada di dalam Lodge mahupun Society. Setiap member juga berjanji untuk merahsia kan method traditional yang membuktikan bahawa beliau adalah seorang mason yang mana digunakan untuk menziarah lodge yang dirinya tidak di kenali. Freemason berjanji untuk membantu yang lain jika di perlukam, hanya jika bantuan tersebut tidak melanggar ajaran agama & undang-undang.

Mengapakah Freemason menggelarkan Tuhan sebagai Great Architect? 
Freemasonry respect dan embrace semua ahli yang percaya kepada Tuhan. Keahliah freemason termasuklah Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Parsees dan lain-lain. Penggunaan Great Architect adalah untuk menggelakkan percanggahan, kerana melalui term ini, tidak akan berlakunya diskriminasi bagi mana-mana pihak,

Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi Freemason?
Untuk menjadi seorang mason, anda hendak bertanya kepada seorang mason, untuk melakukan petition. Freemasonry tidak menggalakkan ahlinya untuk merecruit ahli member baru, ia seharusnya hendaklah atas pilihan seseorang itu sendiri.


Soalan saya, mengapakah orang kita terutamanya orang Islam cepat mempercayai konspirasi terutamanya konspirasi yang menjadikan 'Islam' sebagai aset mereka, tanpa soal selidik dan siasat? Mengapa? Manakala bila tengah menyiasat, dalam kepala sudah di kukuhkan penekanan bahawa satu benda ini memang sesat,-- jika sudah terjadi macam tu, apa guna lagi anda menyiasat ? kerana apapun maklumat yang anda dapat selepas itu, anda akan cuba manipulasi maklumat tersebut agar ia nya sejajar dengan pendapat anda yang telah anda kukuhkan tadi. Malahan bila anda sampaikan kepada seseorang berkenaan hal ni "Freemason itu sesat dan syaitan", itu bermakna anda sudah menyampaikan fitnah.


0 comments:

Post a Comment