This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, November 11, 2012

Di Tindih Hantu sewaktu Tidur. Penjelasan Logik?

Ju-On Sebagai Cover kali ni ekekeke
Okay, seperti yang tertulis di title, artikel kali ini adalah berkaitan dengan kes-kes atau peristiwa di Tindih hantu ataupun lembaga hitam sewaktu sedang tidur. Terlebih dahulu saya ingin mengatakan bahawa Saya Tidak Pernah Mengalami benda ini namun terdapat banyak cerita / testimony yang saya dapat daripada kawan-kawan sekeliling, ini yang membuatkan saya untuk mencari jawapan, apakah sebenarnya hantu yang menindih ni. Hantu tu wujud kah?


Ramai yang mendakwa pernah di tindih oleh hantu ataupun lembaga hitam sewaktu tidur, dan bila di tindih, pernafasan mangsa selalunya terganggu seolah-olah di cekik ataupun, iyalah seperti di tindih kan, memang lah sesak nafas hehe. Cerita-cerita yang selalu saya dengar, mangsa selalunya mendakwa bahawa mereka boleh melihat hatu atau lembaga hitam yang menindih mereka ini. Walau di baca doa apa sekalipun, Mantera atau Jampi segala, lembaga hitam ini tak kan berhenti menindih. Why? Kenapa?

Sebab Hantu atau Lembaga Hitam tersebut Tidak Wujud.

Apa yang di alami oleh semua orang ada penjelasan saintifiknya, iaitu Sleep Paralysis. Sleep Paralysis ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak mengira jantina. Sleep Paralysis boleh berlaku dalam duration beberapa saat sehinggalah beberapa minit. Apa yang menarik perhatian adalah, apabila seseorang mengalami Sleep Paralysis, mereka akan mengalami Halusinasi seperti melihat Hantu atau Lembaga Hitam. Jadi, Tidak hairan lah jika fenomena ini sering kali di kaitkan dengan perkara-perkara ghaib, walhal scientific.



Sleep Paralysis

Nama lain bagi fenomena ini adalah 'Old Hag'. Terdapat juga beberapa lukisan / illustrasi pada abad pertengahan iaitu di mana tindihan ini di gambarkan dengan bayangan roh jahat menduduki dada seorang perempuan sehingga mangsa ketakutan dan ketakutan itulah yang membuatkannya sukar untuk bernafas.
1781 by Henry Fuselli

Menurut A.J Cheyne, Pakar Psikologi daripada University of Waterloo, Kanada, Sleep paralysis ini adalah sejenis halusinasi kerana berlakunya gangguan tidur di tahap Rapid Eye Movement (REM). Apakah benda ni? Saya tak faham la..

Sebenarnya, Tidur bagi manusia boleh dibahagikan kepada 4 tahap iaitu Tidur Paling Ringan (setengah sedar), Tidur Mendalam, Tidur Paling Dalam dan akhirnya REM. Pada tahap REM inilah sering kali terjadinya mimpi-mimpi basah.. ehh mimpi-mimpi biasa.

Sleep Paralysis terjadi apabila Otak manusia bangun secara mendadak daripada tidur, namun tubuh badan masih tidur. Mangsa yang mengalami sleep paralysis selalunya merasa sangat sedar dan segar, seolah-olah mereka sudah bangun dari tidur, tetapi tubuh tidak mampu untuk bergerak. Tambahan lagi berlakunya halusinani muncul lembaga hitam yang mana merupakan ciri-ciri khas muncul daripada Mimpi.

Inilah yang menyebabkan, apabila kita cuba untuk mengatakan pada orang yang pernah mengalami 'di tindih hantu' ini, "ehh, kau bermimpi je tu", mereka akan menjawab, "Tidak.. saya bangun..". Ya, mangsa memang bangun, tetapi lembaga yang di lihatnya itu cuma halusinasi.

Namun, disebabkan ignorance yang tinggi, tidak kiralah bagaimana kita explain kepada mereka bahawa perkara tersebut bukan perkara ghaib, mereka tetap percaya dengan kewujudan hantu yang menindih mereka. Agaknya hantu tersebut kekurangan kerusi eh....

Tuesday, September 25, 2012

Fakta Freemasonry



Tujuan saya untuk menulis artikel ini adalah untuk perbetulkan fakta tentang freemason. Terdapat banyak konspirasi dan fitnah di luar sana yang mana mengelirukan serta menyesatkan. Terlebih dahulu biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya Jake Hays, berketurunan American dan Sabahan, beragama Islam, dan keluarga saya mempunyai latar belakang freemasonry sejak dari abad ke 19 lagi. Untuk menulis artikel ini, saya tidak akan mewakili mana-mana lodge, mahupun mother lodge saya sendiri. Segala fakta dan pendapat yang saya huraikan di sini adalah pendapat saya sendiri.




Freemason seringkali di kaitkan dengan agama, mengapa?
Siapa kah freemason?
Apakah Tujuan mereka?



Freemason mempunyai 33rd Degree?
Freemason mempunyai tiga degree (level), iaitu Entered Apprentice, Fellow Craft dan juga Master Mason, ini adalah freemason. Kemudian ada badan-badan persatuan yang lain (appendant bodies) yang mana berkaitan dengan freemason melalui perkara yang tertentu. Ini termasuklah York Rite, Scottish Rite, Shriners, The Eastern Star, untuk yang bawah umur pula adalah Order of Demolay, Rainbow Girls, Job's Daughter dan lain-lain. Persatuan-persatuan ini terikat dengan atas perkara-perkara tertentu, namun pokoknya di sini mereka ini bukan Freemason. Mereka mungkin ada syarat-syarat tertentu untuk serta sebagai contoh hendak lah menjadi seorang Master Mason, atau budak-budak yang ada pertalian darah dengan seorang Freemason dan lain-lain. 


Appendant Bodies tadi mungkin juga mempunyai system degree / level seperti freemasonry, dan degree mereka it,  tidak bermaksud pangkat mereka lebih tinggi dari seorang Master Mason dalam Freemason. Di dalam Freemason, pangkat tertinggi yang mana seorang mason boleh perolehi adalah 3rd Degree Master Mason. Tidak ada yang lebih tinggi daripada itu, namun di sebabkan persatuan-persatuan lain mulakan degree mereka dari number 4 dan seterusnya, maka hal seperti ini yang mengelirukan semua orang bahawa kononnya freemason mempunyai 33 degree. Seorang master mason yang mana mempunyai 33 degree dalam appandent bodies tersebut, pangkatnya tetap sama dengan seorang master mason 3rd degree. Orang umum melihat keseluruhan satu degree yang sama kerana FREEMASON mempunyai degree 1 hingga 3, manakala persatuan yang lain mempunyai degree 4 - 33. "4 - 33" ini bagi saya di considered sebagai optional. Tidak kira samada di perolehi atau sebaliknya, tidak ada pangkat yang lebih tinggi dari 3rd Degree Master Mason. So, Jawapannya No. Freemason tidak mempunyai degree lebih daripada 3.

Kami sebagai mason sendiri tidak tahu bila sebenarnya freemason di tubuhkan. Namun kami mempunyai rekod bahawa freemasonry boleh di kenalpasti sehingga kurun ke 13. Kami juga mempunyai banyak rekod dalam kurun ke 16. Kemudian, pada tahun 1717, beberapa lodge masonic bergabung bahu kemudian menubuhkan sebuah Grand Lodge, iaitu Grand Lodge of England, grand lodge yang pertama.Kemudian pada tahun 1730, mula didengarkan bahawa terdapat degree tambahan di buat oleh sesetengah master mason seperti Scotch Master, selepas itu terdapat lagi 4 degree lagi di tambah. Kemudian pada tahun 1801, Scottish Rite di tubuhkan. Jadi di sini, kamu boleh lihat bahawa appandent bodies tadi tertubuh hasil daripada sesetengah mason mencipta degree tambahan. Pada tahun 1800 juga tertubuh northern jurisdiction dan kemudian southern jurisdiction.

Di bawah, adalah sedikit sebanya soalan umum yang selalu di ajukan. Saya menjawab atas apa yang saya belajar sewaktu berada di dalam lodge (sekali lagi, tidak merujuk atau mewakili kepada mana-mana lodge).


Adakah Freemason ini sebuah agama?
No. Freemasonry adalah sebuah fraternity atau persatuan, ia bukan lah sebuah agama. Ia adalah sebuah organisasi yang berdedikasi untuk menjadikan seorang lelaki yang baik, menjadi lebih baik. Freemasonry hormat kepada agama yang di anuti oleh ahlinya, tidak kira samada Islam, Kristian, Hindu dan etc. Freemasonry tidak mempunyai apa-apa ajaran yang bercanggah dengan agama, mahupun perlakuan yang melampaui batas agama.

Apakah Ajaran Freemason?
Freemason mengajar seseorang individu untuk melakukan improvement moral, prinsipal dan lain-lain melalui pembelajaran. Freemason menggalakkan ahli nya untuk belajar, termasuklah dengan membaca falsafah yang di tulis oleh penulis-penulis pada zaman dahulu. Freemason tidak mengamalkan pendapat penulisan purba namun ia di jadikan sebagai bahan renungan dan menjadi penilaian setiap indivitu. 

Adakah Freemason ini sebuah organisasi rahsia?
No. Andaikata freemason adalah organisasi rahsia, sudah tentu anda tidak akan mengetahuinya. Freemason adalah fraternity yang mana terbuka kepada semua berdasarkan syarat-syarat kelayakan masonic. Meeting masonic selalunya di hebahkan secara public, bangunan-bangunan masonic di tanda dengan sejelas-jelasnya, dan seorang mason juga berbangga untuk memakai symbol masonic (rantai, pin, cincin & etc). Freemason mewarisi tradisi iaitu tradisi pertukaran rahsia daripada cathedral building guilds sewaktu zaman gelap Eropah. "Rahsia" freemasonry sebenarnya ada kata laluan traditional, tanda-tanda pengiktirafan dan presentation secara dramatik tentang pembelajaran moral. Freemasonry adalah terbuka untuk semua lelaki yang mempunyai karakter yang baik serta percaya kepada kewujudan tuhan. Freemasonry tidak melakukan diskriminasi samada pada bangsa, agama atau pun taraf dan pangkat.

Adakah Freemason mempengaruhi agama?

No. Freemasonry tidak mempengaruhi mana-mana agama, namun prinsip prinsip serta moraliti Freemasonry sedikit sebanyak di pengaruhi oleh agama pilihan ahli nya.

Adakah Freemason ini sebuah organisasi global?
Tidak ada mana-mana badan yang mentadbir Freemasonry. Setiap lodge adalah sama, tidak ada lodge yang boleh mentadbir satu lodge ke satu lodge. Sebuah lodge hanya boleh mentadbir lodge mereka sendiri sahaja. Kuasa penuh di dalam Masonry adalah Grand Master of Masons , bukannya seorang Grand Commander ataupun mana mana ahli yang lain. Grand Master of Masons boleh menggantungkan keahlian mana-mana ahli di dalam lodge nya sendiri sahaja. Tidak ada konsep Organisasi Global dalam Masonry, namun masonry wujud di setiap benua.

Kenapa Freemason memilih symbol All-Seeing Eye?
All-seeing-eye melambangkan bahawa Tuhan itu maha melihat dan maha mengetahui setiap perbuatan kita, dan ia juga menjadi peringatan kepada mason bahawa pemikiran dan amalan di dunia akan di catat dan akan di nilai oleh Tuhan. 

Mengapakah wujudnya golongan Anti-Freemason?
Selalunya, anti-masonry memegang kepada dua subject iaitu: Agama "Seorang muslim tidak boleh jadi seorang Mason" dan Konspirasi Politik untuk "mengawal dunia". Hal ini bagi saya adalah menarik kerana, sewaktu berada di dalam lodge, ahli-ahli mason tidak di benarkan pun untuk berbincang tentang Agama mahupun Politik, namun dua isu ini juga yang digunakan untuk menyerang fraternity ini. 

Jika Freemason itu organisasi biasa, mengapakah ada "rahsia"?
Sebenarnya tidak ada banyak rahsia yang ada dalam freemasonry, malah sebenarnya setiap ahli mason sebenarnya keliru, mana satu yang menjadi rahsia nya. Prinsipal moral Masonry adalah sama seperti yang di ajar sewaktu kita berada di bangku sekolah, cuma hanya prosedur dan cara penyampaian  prinsipal itu tadi yang di ajar dalam masonry adalah rahsia, kerana pengetahuan ini membenarkan seseorang mason untuk membezakan seorang mason dan bukan mason. Untuk memasuki sebuah lodge, seorang mason mesti memperkenalkan dirinya, dan rahsia-rahsia itu tadi di praktik kan untuk membuktikan bahawa seorang itu adalah mason. Term yang sesuai daripada rahsia adalah privacy. Masonry bukan organisasi public seperti PIBG sekolah dan lain-lain, ianya seperti Country Club dan etc. Tidak ada seorang pun yang bukan ahli, berhak untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir, ia adalah group peribadi, lebih layak di panggila peribadi daripada rahsia.

Mengapakah seorang ahli hendak mengangkat Sumpah sebelum masuk Freemason?
Ahli baru hendaklah membuat sumpah yang suci dan benar mengenai perbuatan mereka sewaktu berada di dalam Lodge mahupun Society. Setiap member juga berjanji untuk merahsia kan method traditional yang membuktikan bahawa beliau adalah seorang mason yang mana digunakan untuk menziarah lodge yang dirinya tidak di kenali. Freemason berjanji untuk membantu yang lain jika di perlukam, hanya jika bantuan tersebut tidak melanggar ajaran agama & undang-undang.

Mengapakah Freemason menggelarkan Tuhan sebagai Great Architect? 
Freemasonry respect dan embrace semua ahli yang percaya kepada Tuhan. Keahliah freemason termasuklah Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Parsees dan lain-lain. Penggunaan Great Architect adalah untuk menggelakkan percanggahan, kerana melalui term ini, tidak akan berlakunya diskriminasi bagi mana-mana pihak,

Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi Freemason?
Untuk menjadi seorang mason, anda hendak bertanya kepada seorang mason, untuk melakukan petition. Freemasonry tidak menggalakkan ahlinya untuk merecruit ahli member baru, ia seharusnya hendaklah atas pilihan seseorang itu sendiri.


Soalan saya, mengapakah orang kita terutamanya orang Islam cepat mempercayai konspirasi terutamanya konspirasi yang menjadikan 'Islam' sebagai aset mereka, tanpa soal selidik dan siasat? Mengapa? Manakala bila tengah menyiasat, dalam kepala sudah di kukuhkan penekanan bahawa satu benda ini memang sesat,-- jika sudah terjadi macam tu, apa guna lagi anda menyiasat ? kerana apapun maklumat yang anda dapat selepas itu, anda akan cuba manipulasi maklumat tersebut agar ia nya sejajar dengan pendapat anda yang telah anda kukuhkan tadi. Malahan bila anda sampaikan kepada seseorang berkenaan hal ni "Freemason itu sesat dan syaitan", itu bermakna anda sudah menyampaikan fitnah.


Saturday, September 22, 2012

Alien & Tamadun Purba - Emas / Harta Karun


Kota purba, hilang selama beribu-ribu tahun. Harta Karun, yang di sembunyi kan dalam laut, dan chamber-chamber (bilik) rahsia yang tertanam dibawah Egyptian Sphinx. Ini adalah mitos-mitos yang selalu kita dengar.

Sejak awal zaman lagi, manusia sudah pun obses dengan keluli berharga, iaitu Emas ini. Mungkinkah jika obses tersebut mempunyai makna yang lebih mendalam lagi selain dari kekayaan?



Lake Guatavita, COLOMBIA dipercayai adalah bekas jatuh nya sebuah meteor beribu-ribu tahun yang lepas. Bentuk nya yang bulat seolah-olah ia membentuk kan sebuah kawah. Tempat ini adalahsalah satu daripada tempat utama bagi para peneroka untuk melakukan pencarian, pencarian apa? El Dorado, Kota Emas yang telah hilang. El Dorado ibarat 'jackpot' bagi pencari harta karun sejak abad ke-16 (tahun 1500) lagi. Lagenda / kisah-kisah orang lama juga tersebut, satu tempat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kekayaan yang melampau di mana kekayaan tersebut tidak layak bagi manusia untuk memilikinya. Sehingga hari ini, kota mitos / lagenda ini, masih belum di temui.

Jika tempat yang sangat menakjubkan ini benar-benar wujud, bagaimana jika peneroka di seluruh dunia belum menjumpainya walau pun telah mencari beratus-ratus tahun? Ada yang memberi pendapat bahawa jawapan boleh di jumpai di tasik yang bermisteri ini. 

Cerita tentang El Dorado develop dari Lake Guatavita yang berada di dalam kawasan puak Muisca, yang mana tamadun mereka tidak secanggih Mayan, Aztec ataupun Inka namun mereka memiliki kuantiti Emas yang tersangat-sangat banyak. Pemimpin / Ruler di bahagian selatan kawasan Muisca, di kenali sebagai Zipa, tetapi para conquistador yang tiba di kawasan itu pada abad ke 16 menggelarnya sebagai El Dorado; perkataan spanish untuk "The Golden One". Mereka memberi gelaran ini setelah memerhati / mengkaji tentang ritual rahsia kaum Muisca. Zipa tersebut, terapung dengan tongkong / perahu diraja di tengah-tengah Lake Guatavita, untuk memberi offer / korban kepada Tuhan mereka, yang mana mereka percaya tinggal di dalam tasik tersebut.

Ia dikatan bahawa pemimpin Muisca akan menyalutkan dirinya dengan emas yang telah di proses seolah olah menjadi serbuk dan kemudian beliau akan terjun kedalam tasik tersebut untuk membasuh emas-emas tersebut dari badannya dan serbuk emas tadi akan larut di dalam tasik tersebut, serta objek-objek emas juga turut di buang ke dalam tasik tersebut, mungkin dari sini lahirnya kepercayaan tentang El Dorado di Columbia.

Pada tahun 1912, satu galian telah di buat di Lake Guatavita, yang mana di pimpin oleh engineer british iaitu Hartley Knowles. Knowles merepot kan bahawa beliau berjaya menemui harta karun yang berusia $20,000 termasuk lah artifak-artifak emas. Beliau juga percaya bahawa terdapat lebih banyak lagi yang belum di temui, jauh di dalam tasik tersebut. Mungkinkah penemuan Knowles ini adalah bukti kebenaran tentang cerita pemimpin Muisca. Jika ya, siapakah atau apakah deity yang di panggil 'Tuhan' tersebut yang tinggal di jauh di dalam tasik tersebut? adakah ia benar-benar tuhan? atau sekadar gelaran bagi mereka untuk makhluk yang mempunyai kecanggihan jauh lebih dari mereka.

Ramai pengkaji dan saintis memberi pendapat bahawa makhluk yang bukan dari bumi pernah datang ke bumi beribu-ribu tahun dahulu, yang mana tujuan utama mereka adalah untuk menggali emas.

Satelit Manusia yang di selaputi emas.
Zachariah Sitchin, seorang penulis buku dan perjuangkan teori alien purba memberi pendapat bahawa makhluk yang bukan berasal dari bumi ini perlukan untuk mengembangkan atmosfera dan memulihkan planet mereka. Perkara ini amat dititikberatkan dalam bidang eksplorasi angkasa serta astronomi kerana Emas adalah inert material yang mana ia nya tidak react kepada apa-apa. Yang menakjubkan,emas adalah konduktor yang sangat baik untuk eletrik, tidak lupa juga fakta tentang emas iaitu emas adalah reflector yang sempurna kepada tenaga infrared. Sebagai contoh, Emas boleh digunakan untuk dijadikan 'selimut' untuk melindungi kapal angkasa daripada kepanasan yang melampau dari sesebuah bintang atau apa-apa sahaja sumber yang menghasilkan haba. Emas juga adalah element yang sangat rare dan berharga bukan sahaja di BUMI malah berharga pada Alam Semesta.

Makhluk bukan berasal dari bumi ataupun di gelar sebagai Alien, datang ke bumi untuk mencari emas, adakah perkara ini possible?

Menurut teori, ia nya bukan sahaja boleh terjadi, malah terdapat bukti di dalam manuscript, lagenda, budaya purba di seluruh dunia. Salah satunya boleh didapati di kota purba Inka yang hilang, Paititi, yang mungkin berada di bahagian selatan Peru. Para conquistador (tentera spanish) sangat obses dalam mencari kota emas yang misteri yang mereka sangkakan berada di dalam hutan bahagian timur, somewhere. Mereka menggelarkan kota ini, Paititi. Cerita tentang paititi dan el dorado adalah punca tentang penerokaan di hutan amazon.

Sejak tahun 1984, penereko amerika iaitu Gregory Deyermenjian dan rakan peruvian beliau, Paolo Mamani telah menjalankan lebih 15 ekspedisi dalam pencarian kota emas ini. Terdapat peninggalan batu Inka yang seolah-olah menunjukkan seperti sebuah jalan yang disangkakan sebagai laluan ke Paititi, itu yang para saintis tengah kaji. Mereka berkata, Pachamama, 'tuhan' bumi / mother earth, meliputi area ini secara kompleks seolah olah ingin menyembunyikan sesuatu selama-lamanya. 


Cathedral of Santo Domingo
Pencarian mereka bermula di Cusco, tempat suci bagi kaum Inka iaitu Qoricancha (Temple of the Sun) ataupun juga boleh di translate kepada Golden Courtyard. Pada tahun 1559, conquistador sepanyol binasakan Qoricancha untuk membina Cathedral of Santo Domingo dan ianya masih berdiri kukuh di tengah-tengah cusco pada hari ini di kelilingi temple purba kaum inka. Didalam Cathedral tersebut di selaputi emas. Tetapi mengikut record conquistador, ia mengambil inspirasi asal daripada Qoricancha yang mana bukan sahaja di penuhi dengan emas, malah bermeter-meter emas tulen. Emas adalah penting kepada kaum inka kerana ianya adalah 'peluh dari matahari'. Matahari adalah deity tertinggi pada kaum inka, dan oleh itu, peluh matahari tersebut melambangkan harta yang paling suci.

Disc kaum inka Sembah sebagai Tuhan
Menurut teori, idol matahari emas yang di gelar sebagai Panchao, yang dulu resided di Qoricancha, mungkin provide bukti bahawa makhluk bukan dari bumi ada kaitan dengan Inka. Qoricancha ni famous dengan emasnya yang berbentuk seperti disc yang mana kaum Inka purba, sembah.Ini adalah sebenarnya symbol kepada kapal angkasa yang pernah turun daripada langit yang disaksikan oleh pemimpin kaum Inka iaitu Atahualpa. Menurut lagenda, beliau berinteraksi dengan sky gods (tuhan dari langit) itu. Mungkin kah disc emas tersebut di reka utk honor makhluk asing ataupun makhluk bukan berasal dari bumi itu?
Jika benar makhluk asing datang ke bumi untuk mencari emas, adakah ini boleh membuktikan kewujudan Paititi?

Lake Puray
Pada tahun 1533, tentera sepanyol berjaya menjajah bandar Cusco. dan menyerang masuk ke temple purba Qoricancha untuk memburu emas-emas tersebut? Menurut lagenda tempatan, emas-emas tersebut sudah pun di pindahkan ke bahagian utara barat, 20 batu dari tempat asal dan di simpan di dalam tasik-tasik berhampiran. Sebelum tentera sepanyol berjaya masuk ke Cusco, paderi / imam Inka kumpulkan kesemua harta & emas-emas tersebut dan di bawa ke tasik Puray dan dibuang ke dalamnya. Namun satu pun tiada dijumpai buat masa ni. Jumlah keseluruhan emas tersebut adalah dalam lingkungan Billion . Yang lebih misteri adalah report daripada orang tempatan mengenai sebuah objek terbang yang tidak di kenali terbang di kawasan tersebut. Penampakan ini di report sejak beribu-ribu tahun lagi sehingga sekarang. Orang tempatan tersebut berkata bukan sahaja benda itu terbang mengelilingi tasik tersebut, malah ia memasuk ke dalam tasik tersebut. Seolah-olah seperti ada sebuah gate yang terbuka di tengah-tengah tasik tersebut memberi laluan kepada objek terbang tersebut masuk ke dalamnya. Tidakkah event ini seolah-olah berbunyi seperti sebuah UFO? memang pun UFO, sebab term UFO adalah Undentified Flying Object ataupun objek terbang yang tidak di kenali.

Jika ia benar, mungkinkah ada connection diantara visitation alien ini dengan lagenda emas yang disembunyi di dalam tasik tersebut?

Mungkin misteri yang sebenarnya bukanlah 'jika atau dimana kota misteri ini', tapi khazanah apakah yang akan di reveal sekiranya ia di jumpa?


Mampu manusia mencipta Emas sendiri?

Tokyo Imperial University, March 1924. Di dalam experiment awal nuklear, saintis meletakkan 150,000 volt eletrik kepada mercury isotope disaluti berlayer-layer paraffin oil, selama 4jam. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan proton hydrogen daripada nucleus mercury tersebut sekaligus menghasilkan element baru iaitu EMAS. Experiment ini berjaya. Professor Nagaoka telah menyelesaikan misteri yang menghantui para saintis selama beratus-ratus tahun, iaitu misteri Philosopher Stone.

Philosopher Stone, mengikut lagenda adalah sebuah batu yang MAGIC lah kononnya mampu menukarkan besi-besi biasa menjadi emas. Melalui experiment ini, perkara magic atau keajaiban itu ternyata tidak wujud. Ia boleh diterangkan secara saintifik. Sebelum Nagaoka berjaya menjalan experiment ini, saintis-saintis di seluruh dunia berpendapat bahawa perkara ini adalah mustahil. Rahsia untuk mengorek kajian ini ada pada bintang-bintang di angkasa. Bila kita tengok, bagaimana Emas terjadi secara semulajadi, adalah hasil daripada reaksi nuklear daripada matahari, bila terjadi letupan supernova, maka reaksi nuklear tadi tersebar ke seluruh angkasa. Oleh kerana kemampuan manusia pada masa kini berjaya untuk mengawal reaksi nuklear, maka manusia mampu untuk mencipta emas daripada elemen yang lain.

dibawah nuclear reactor ini adalah makmal
dimana experiment menukarkan besi kepada
emas di lakukan oleh saintis.
di University of California, Irvine, Dr Aj Shakar menjalankan experiment ini tiap-tiap hari. Menurut beliau, untuk menukarkan mercury kepada emas, ia mengambil masa selama 23 jam. Ironik nya, dengan process ini, manusia tidak mampu untuk menjadi kaya. Kenapa? Dengan menggunakan tenaga di dalam sebuah makmal, process ini sekurang-kurangnya bernilai $200 satu jam, manakala hasil emas yang di buat selama 23 jam tadi hanyalah bernilai sebanyak 23sen. Walaupun cara ini tidak efisyen, namun ia nya sudah cukup untuk membuktikan bahawa teknologi untuk menukarkan besi lain kepada emas sememangnya wujud.

Mungkinkah teknologi yang lebih canggih daripada ini wujud beribu-ribu tahun dahulu? Mungkin pernah, di Mesir Purba. Satu lagi tempat, di mana Emas sentiasa dikaitkan dengan tuhan. Idea emas adalah harta suci tuhan sangat di praktik kan dalam mesir purba ini. Emas diibaratkan darah daging kepada tuhan mereka. Oleh itu, besar kemungkinan mesir adalah tempat di mana kuantiti emas paling banyak di dunia. Kenapa mesir purba menganggap elemen ini bukan berasal daripada bumi? Menurut teori, ia nya tidak mustahil bahawa masyarakat mesir mampu untuk mencipta emas seperti mana yang manusia pada zaman kita ini buat.

Process mutasi kimia ini selalunya di lakukan di dalam makmal yang mempunyai nuklear reaktor. Mungkinkah sejumlah emas yang banyak, mampu dicipta dengan menggunakan reaktor yang jauh lebih besar? Yang lebih besar, mungkin saiz seperti Pyramid di giza.

Banyak saintis berpendapat bahawa Pyramid di giza seolah-olah sebuah mesin dan seperti sebuah reaksi kimia pernah berlaku di DALAM pyramid tersebut. Its possible.

Jika dilihat komplek binaan dalam pyramid, dengan menggunakan akal dan fikiran, sudah tentu pyramid ini tidak digunakan sekadar untuk makam firaun sahaja. Ketepatan ukuran, jumlah batu, jenis batu seperti granite yang hanya ada lebih kurang 1500 kilometre jauh dari tapak pyramid hanya sekadar untuk membina sebuah makam adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Keunikan-keunikan seperti inilah sebenarnya yang menambah suspicious kepada binaan pyramid ini.
Ia di bina seolah-olah sebagai sebuah mesin, mungkin juga ia berfungsi sebagai sebuah mesin. Mungkinkah Pyramid ini sebenarnya Philosopher Stone yang digempar gempur selama ini? Kerana ia juga di perbuat dari Stone iaitu batu.

Jika ya, bagaimana tamadun purba mampu mencipta nuklear reactor ini? mungkinkah pencaria orang dahulu tentang philosopher stone, bukan sahaja mengenai kekayaan, tetapi juga melambangkan sebagai pencarian teknologi yang hilang?

1936, Giza, Mesir. Lebih 3000 tahun, badan sphinx tertanam di dalam tanah, selepas 11 tahun, arkeologist mesir berjaya mengorek dan memaparkan sphinx tersebut di mata dunia. Sphinx adalah statue yang paling tertua dan paling terbesar di dunia.  paling menakjubkan adalah bentuknya. Sphinx mempunyai kepala seperti manusia, dan badan seperti singa. Menurut teori, sphinx mungkin adalah salah satu daripada bukti makhluk asing hadir dan pengaruh mesir purba.

Kita boleh lihat di sumeria, mesir menerangkan tentang sphins, separuh manusia, separuh binatang namun dgn kombinasi berbeza, seperti kuda dan manusia, helang dan manusia, dan lain2. Kita mesti berfikir, kenapa mereka simpan rekod seperti ini? melainkan jika mereka lihat dengan mata mereka sendiri ataupun cuma kesilapan dari segi tafsiran mereka. Kita juga tersedar bahawa rekod-rekod purba ini SENTIASA berkata Makhluk BUKAN dari Bumi, turun dari langit ke bumi.

Seperti artikel yg tertulis di dalam lepas iaitu Penciptaan Manusia - Theory That Will Your Mind, terdapat kemungkinan bahawa kewujudan manusia pada zaman ini adalah disebabkan terjadinya genetik mutasi yang dipertanggungjawabkan oleh makhluk bukan bumi ini, spesifikly dalam manusciprt table tamadun Sumeria, yang mana Annunaki mencipta manusia dengan tujuan untuk melombong emas--yang mungkin menggabungkan beberapa genetik kepada satu. Adakah sphinx ini adalah salah satu bukti daripada hasil eksperiment tersebut? dan jika makhluk asing benar-benar tukarkan genetik manusia dengan tujuan untuk menggali emas, mungkin ka struktur besar ini suatu ketika dahulu pernah di gunakan sebagai tempat simpan / stor emas-emas tersebut?

Adakah mungkin, bila archaelogist mesir mula menggali sphinx, apa yang mereka cari sebenarnya adalah Emas? Selama beribu-ribu abad, bilik rahsia, ruang udara, dan sistem terowong yang canggih, sudah banyak di temui di area Giza Plato.

Sebuah terowong di temui, yang di gelar Ozirian shaft, yang mana terletak di bawa giza plato di belakang sphinx tersebut. Dan di dalam terowong tersebut, terdapat banyak laluan yang leads seemingly nowhere.

in recent years, ground penetrating radar, atau radar yang mampu menembusi tanah, iaitu GPR Scan telah di lakukan dan berjaya menemui banyak lagi terowong terowong seperti ini yang terletak bukan sahaja berdekatan dengan sphinx tersebut, malah di bawahnya juga.

Sebenarnya, ini bukan soalan tentang samada terowong dan bilih rahsia wujud atau tidak, jawapan tersebut kita sudah tahu, soalan yang sebenarnya adalah mampukah manusia mendapat akses untuk menggunakan terowong ini? dan jika dapat, mungkin kah manusia akan menemui sesuatu yang boleh melanggar hukum sains, yang mungkin berasal daripada luar bumi, teknologi yang di katakan hilang sejak beribu-ribu tahun dahulu? Mengikut teori, terdapat satu bilik simpanan rahsia yang besar dan kompleks terletak di bawah tangan / paws sphinx tersebut yang di kenali sebagai the Hall of Record. It dates back sewaktu zaman kejatuhan atlantis yang mana mengikut kitab purba, telah berlaku dalam 12,000 tahun yang lepas. Mereka juga mendakwa bahawa terdapat makhluk bukan dari bumi tinggal di atlantis dan mereka memerlukan sebuah bilik simpanan rahsia untuk menyimpan kesemua pengetahuan mereka. Hall of Record tersebut sememangnya di bina oleh manusia, tetapi menggunakan alatan dan pengetahuan daripada makhluk bukan dari bumi tadi. Terdapat spekulasi bahawa terdapat beberapa survivor dari atlantis datang ke mesir, dlm lebih kurang 12,000 bawa bersama rekod mereka, pengetahuan mereka dan membina bilik simpanan rahsia ini di giza.

Jika satu hari nanti para archaelogist berjaya menemui bilik rahsia ini, apakah yang bakal mereka temui?

artifak yang berusia lebih dari 3000 B.C (6000 tahun)
Emas? Library tentang Ilmu dan Pengetahuan makhluk bukan dari bumi? atau mungkin kedua-duanya. Pendapat peribadi saya, ia mungkin di penuhi dengan teknologi emas, teknologi yang dahulunya kepunyaan 'tuhan-tuhan' purba yang mungkin boleh menolong kita untuk menjawab soalan 'siapakah pembina pyramid' 'bagaimana mereka binanya' dan mungkin juga boleh di temui portal yang menggabungkan laluan planet bumi ke planet yang lain. Jik Hall of Record tersebut betul2 wujud, mungkinkah ia mengandungi mengetahuan makhluk asing, bukan berbentuk kitab, tetapi di simpan di dalam Emas?
Emas adalah besi yang sangat menakjubkan, ia adalah konduktor yang baik kepada eletrik, yang mana ianya adalah penting dalam penggunaan teknologi eletrik dan eletromagnetik. dengan menggunakan emas, teknologi yg dibina adalah sangat canggih, sangat berkualiti, mampu tahan lama, ia sememangnya elemen yang sangat utama. Oleh kerana emas terlalu mahal, sebab itu teknologi sekeliling kita yang kita boleh lihat hanya menggunakan besi biasa sahaja.


Adakah pengetahuan orang purba ini bukan sahaja disimpan bersama emas, mungkin juga di DALAM emas, yang mana ini adalah rahsia misteri yang terbesar sekali.




Mungkin jawapan boleh di temui di, bawah gereja Rennes-Le-Chateau, France. January 29, 1953, Marie Denarnaud, sebelum meninggal dunia pada usia 85 tahun di tempat tidurnya sendiri, beliau berjanji untuk menghebahkan rahsia purba tentang harta karun yang tersangat banyak. Akibat strok, beliau tidak boleh bercakap ataupun menulis, dan rahsianya pergi bersama beliau.

Sebelum kematiannya, dia  berjanji untuk memberitahu kepada sesiapa rahsianya itu, "I will tell you the secret, and you will be rich and gone with your wildest dream". itu lah kata-kata beliau. Apa yang beliau berkata adalah, orang-orang pada kampung itu berjalan di atas emas yang cukup untuk menghidupkan mereka selama 100 tahun. Apakah maksud sebenar Marie ini?

Lagenda mengenai harta karun yang melampau tersembunyi di Rennes-Le-Chateau datang dari abad ke 5, di mana setelah Sack of Rome tahun 410 A.D, wira-wira yang digelar sebagai Visigoth pergi dari area itu, dengan harta yang mereka curi, jumlah nya adalah banyak sekali.Bila mereka tinggalkan tempat tersebut, 200 tahun kemudian terdapat laporan bahawa mereka meninggalkan sedikit sebanyak harta tersebut. Setelah beratus-ratus tahun, khabar angin tentang harta karun yang di tanam terus kukuh sehingga skrg. Walaupun tidak terdapat banyak bukti yang kukuh tentangnya.


Tapi, pada tahun 1891, seorang paderi muda juga di Rennes-le-Chateau, yang bernama berenger Sauniere sedang memperbaiki gereja tersebut di kawasannya, beliau discover sesuatu yang tiba-tiba dapat menukar beliau sehingga menjadi orang yang tersangat kaya, dalam masa sehari sahaja. Kekayaan yang ada pada beliau ni hasil daripada satu harta yang kuantiti nya tersangat banyak yang di simpan di bawah tanah, di dalam gerejanya. Terdapat banyak series terowong di dalam gereja tersebut, terworong-terowong ini adalah terowong Purba sebelum gereja tersebut di bina lagi. Area-are ini diketahui mempunyai banyak gua, yang mungkin digunakan oleh Visigoth. Banyak pemburu harta karun datang ke tempat ini sejak 1950, dan ada yang menjumpainya.Ramai yang percaya, selepas penemuan Sauniere ini, beliau terus aktif dalam misi pencarian bagi harta karun tersebut, dan terdapat lebih banyak lagi yang belum di temui di bawah gereja tersebut. Yang lagi misterinya adalah kelakuan dan personaliti beliau, selepas menjumpai harta karun tersebut. Kelakuan yang mencerminkan design pada gereja itu sendiri. Beliau adalah jenis yang mencari tentang dokumen-dokumen purba, yang mencari pengetahuan secara spesifik dalam bidang kimia. Apa yang kita boleh jumpa di dalam kebanyakan proses kimia adalah kepentingan emas. Seterusnya, beliau mulai membina gereja, yang mengikut sebuah pelan. Pelan ini membuat komunikasi kepada entiti Divine. Pada pendapat saya, Sauniere mungkin sedar bahawa sesetengah keluli seperti emas boleh di tukarkan kepada sesuatu yang boleh menghasilkan pengalaman secara spiritual.

Mungkin kah harta karun sauniere yang dijumpainya di dunia ini, mengandungi nilai lebih daripada asalnya? Mungkinkah ia memegang sesuatu seperti pengetahuan purba yang bukan berasal daripada bumi ini?

Paderi tersebut menceritakan tentang asal usul hartanya ini  hanya kepada pembantu rumahnya, iaitu Marie Denarnaud. Apakah rahsia yang mereka kongsi ini? Menurut teori, dipercayai bahawa satu klu mungkin boleh didapat di enskripsi yang boleh di jumpa di pintu gerbang utama gereja tersebut.

Sauniere meletakkan satu enskripsi di pintu tersebut yang mana menjadi bualan mulut orang-orang tempatan selama seratus tahun. Enskripsi itu adalah 'Terrebilis Est Locus Iste'  yang mana di salah tafsirkan sebagai  "This place is terrible". Tapi sebenarnya, enskripsi ini datang daripada buku hebrew the old testament dari buku Genesis. Jacob ada bermimpi tentang tangga yang bersambung dari bumi ke syurga. yang mana manusia boleh connect dengan entiti divine tersebut. Jadi, jika anda lihat pada translation di old testament, ia sebenarnya berkata "This place is awesome".  Adakah enkripsi yang datang dari kitab hebrew purba ini reference dari entiti yang divine? atau mungkinkah ia menunjukkan kepada hubungan extraterrestrial? Rennes Le Chateaut mungkin pernah menjadi Gateway untuk bumi berhubung ke luar angkasa, mungkin boleh di tafsirkan sebagai sebuah portal. Bila di fikir, kepada paderi ini letak enskripsi ini di sana? Melainkan beliau menerangkan bahawa tempat yang 'awesome' ini adalah gateway kepada 'syurga-syurga'.

Bagi saya. Rennes Le Chateau adalah satu tempat yang seram dan powerful selain daripada pyramid di giza. Ramai orang berkata bahawa Rennes LE Chateau adalah satu tempat yang penuh dengan report tentang UFO. Orang juga pernah report tentang 'kehilangan masa'. dan ORang juga pernah melaporkan bahawa mereka pernah terserempat dengan entiti yang serupa dengan syaitan. Jadi, sudah di conformkan sini, mesti ada sesuatu tentang kawasan tersebut yang selama beratus-ratus tahun banyak benda pelik berlaku.

Mungkinkah kampung Renner La Cheateau ini menjadi gateway kepada planet-planet lain? atau mungkin Dimensi yang lain.

Mungkin jawapan tersebut tertanam sekali dengan Marie Denarnaud atau pun mungkin rahsia rennes le chateau ini masih boleh di bongkar, tetapi bukan di sini, tapi di Scotland.



Rosslyn Chapel, Scotland. Terletak di atas bukit 7 miles selatan dari Edinborough sejak zaman medieval abad ke 15. ada yang berkata, jauh di dalam tanah gereja tersebut wujudnya secret chamber within the church adalah tempat rahsia bagi tempat simpanya harta karun dan relic paling penting pada manusia, termasuklah juga harta karun the Knights Templar. 

Wira-wira elit yang terdiri daripada paderi ini sebelumnya mempunyai headquarters di Temple Mount, Jerusalem (Baitulmaqdis) sewaktu Christian Crusade. Terdapat juga khabar angin bahawa mereka memiliki harta harta yang mempunyai faktor dalam agama abraham (Islam, Kristian, Yahudi), termasuklah The Holy Grail. Cawan yang di gunakan oleh jesus (isa) sewaktu hidangan makan malam nya yang terakhir (The Last Supper). 
 
The Last Supper
the Knights Templar mula menggali pada Solomon's Temple yang dikatakan mereka menemui sebuah peti yang tersangat-sangat besar yang menyimpan banyak kuantiti of artifak dan harta. Pada waktu penggalian dan penemuan tersebut, harta tersebut tiba-tiba hilang. Kerana Mereka kemudian membawa harta tersebut dan menyembunyikan nya di Rosslyn Chapel. Rosslyn Chapel adalah satu gereja yang sangat berpotensi sebagai satu temple yang dibina berdasarkan Solomon's Temple. Ia dibina oleh William St. Clair dan designya seolah-olah melambangkan sebuah tempat / stor simpanan rahsia. Bila ia dibina, ia mempunyai beratus-ratus symbol. Mungkin kah Rosslyn Chapel dibina untuk menyimpan harta-harta tersebut? Ada yang berpendapat bahawa symbol-symbol yang terdapat pada chapel tersebut sebenarnya adalah klu kepada Holy Grail tadi.

The Green Man
William St Clair bertanggungjawab dalam membina chapel ini. Sebagai seorang individu, beliau boleh dikategorikan sebagai orang yang sangat kaya. Kita boleh nampak orang yang sangat pintar ini collecting wisdowm tradition yang terdapat pada seluruh dunia, dan letakkan di dalam Rosslyn Chapel. Antara banyak2 ukiran di dalam Rosslyn Chapel, terdapat satu ukiran yang di beri nama "The Green Man" iaitu deity Pagan yang melambangkan Tumbesar dan Kelahiran Semula. Ada yang percaya, ukiran-ukiran seperti muka ini memberi klu pada chapel ini sememangnya menyimpan holy grail tersebut. Jika benar holy grail tersebut di simpan di dalam chapel ini, di manakah mungkin ia di sembunyikan? ada yang percaya bahawa ianya di simpan di dalam tiang / pillar yang di beri nama the Apprentice Pillar, dan terdapat seorang manusia yang telah cuba untuk mengambilnya.

The Apprentice Pillar
Terdapat satu cerita yang mengandungi fakta bahawa terdapat seorang yang tidak dikenali masuk kedalam chapel tersebut berbekalkan sebuah Kapak yang hendak 'menebang' pillar apprentice tadi, kerana beliau yakin bahawa harta tersebut di simpan di dalam tiang tersebut.

Tapi persoalannya, Apakah itu holy Grail? Adakah ianya benar-benar sebuah harta? Benar-benar sebuah cawan Jesus? Kenapa ia tidak di sebut bahawa holy grail tersebut adalah dna? Dna adalah Masa Silam & Masa Depan.  Yang menarik adalah, the Apprentice Pillar seolah olah mimik kepada bentuk sebuah DNA.

Mungkinkah kesemua ukiran misteri ini yang dikatikan dengan Holy Grail menerangkan bahawa cawan yang Jesus gunakan pada waktu the Last Supper adalah satu benda yang lebih daripada kegunaan untuk minum? Keseluruhan cerita tersebut adalah menarik, kerana mengikut pendapat Wolfram Von Eschenbach, holy Grail tersebut datangnya dari langit (apa yang dipanggil sebagai syurga oleh orang zaman dahulu), dan persoalannya, Apakah maksud sebenarnya tu? Beliau juga menrangkan bahawa holy grail tersebut mempunyai cahaya merah yang berkelip-kelip.

Mungkin kah holy grail ini adalah kaitan org purba antara Jesus dan makhluk bukan dari bumi ?
jika ia di jumpai, mungkinkah ia dapat membuktikan bahawa manusia sebenarnya mempunyai kaitan dengan makhluk yang bukan dari bumi itu tadi.

Jika ya, adakah misteri gereja Rosslyn Chapel sama seperti misteri ynag lain iaitu Pyramid Giza, Temples of Gold El Dorado, dan Rennes Le Chateau yang mana mengandungi harta jauhhh lebih berharga daripada keseluruhan kekayaan yang ada pada muka bumi sekarang.


Tidak kira kita berada di pyramid, atau di El Dorado atau di Rennes Le Chateau, selalunya pencarian berakhir di dalam tanah bumi yang mana bukan sahaja harta spiritual yang boleh di jumpa, tetapi juga harta secara fizikal.

Emas telah menjadi satu elemen yang paling penting di setiap pelusuk tamadun purba, agama dan mythology. Ia melambangkan kekayaan, symbolize power, tetapi sebenarnya emas menyimpan maksud tersembunyi iaitu kaitan antara manusia dengan makhluk bukan dari bumi. Orang dahulu seolah-olah mengetahui sesuatu rahsia tentang emas yang mana pengetahuan tersebut mungkin tidak atau belum ada pada manusia di zaman kita sekarang....

So mote it be...

Thursday, September 20, 2012

Penciptaan Manusia - Theory That Will BLOW Your Mind!

Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan bahawa tidak terniat di hati ini untuk menyerang mana-mana agama atau pun mana-mana mythology. Segala info yang tertulis di dalam artikel ini hanyalah PENDAPAT dan TEORI saya sahaja yang saya cuba kaitkan dengan fakta (jika ada) ataupun dengan cerita berdasarkan agama & mythology.

Jika hendak baca, Sila JANGAN skip mana-mana bahagian, kerana semua bahagian adalah berkaitan, jika anda skip, anda akan keliru.

"Kepercayaan & Pengetahuan adalah 2 perkara yang berbeza".

Persoalan yang di ajukan di sini adalah,
"Bagaimanakah kita di cipta"?
"Manusia di perbuat dari apa?"
"Mengapakah kita boleh evolve, dan boleh berfikir"?
"Siapakah yang mencipta"?

Teori Evolusi. Masih logik?

Fossil manusia yang berusia 2 Juta tahun.

South Africa, di Malapa Caves, pada August 2008, Seorang Paleoanthropologist iaitu Lee R. Berger menemui beberapa fosil kerangka manusia awal zaman yang berusia sekitar 2 juta tahun , seorang Wanita dewasa, serta Lelaki kecil (anak), mungkin Ibu dan Anak. Saiz dan bentuk tulang tersebut menunjukkan bahawa mereka ini berjalan secara menegak dan mempunyai tangan moden. Sepanjang dekad ini, para saintist telah menemui lebih 2 dozen moyang manusia yang berbeza, yang dikenali sebagai Hominids. Kebanyakan mainstream scholar memberitahu bahawa Hominids evolve daripada moyang beruk hampir 6 juta tahun yang lepas melalui process 'natural selection' iaitu evolusi. Teori Evolusi ini di popularkan oleh anthropologist british iaitu, Charles Darwin pada tahun 1859 di dalam buku nya 'The Origin of Species'. Evolusi ialah proses jangka masa yang lama yang membuat spesis tertentu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling bumi yang sentiasa berubah, sekaligus dapat membiak dengan lebih baik. Teori ini juga menjelaskan bahawa organisma yang berevolusi / mutasi sebenarnya mendatangkan faedah dalam konteks membiak. Ini adalah kerana ia membolehkan organisma untuk terus hidup dan sekaligus memberikan peluang lebih cerah kepada generasi seterusnya untuk terus berevolusi dan terus membiak. Darwin membuat spekulasi bahawa sepanjang masa, Hominids berjalan menggunakan dua kaki, dan menggunakan tangan mereka untuk membuat alatan (tools). Ini membuktikan mereka lebih pintar. Kemudian, sehingga 200,000 (dua ratus ribu) tahun yang lepas, Hominids berevolusi menjadi Homo Sapiens (iaitu manusia). Namun terdapat ramai saintis yang tidak menerima Idea ini. Mengapa?

Sebab kita tak nampak pun seekor ikan paus boleh membuat kereta, gajah tidak dapat membuat rumah. Mengapa hanya pada spesis beruk? Kenapa spesis-spesis lain tidak evolve sepertimana manusia buat?  dan soalan utamanya, kenapa kita? kenapa mesti kita yang menjadi unik?

Early Hominids
Penggunaan alatan tidak wujud sehingga lah beberapa juta tahun selepas Hominids pertama berjalan secara menegak, dan saiz pada otak tidak berkembang sehingga lah beberapa ratus ribu tahun selepas itu, maka di dalam 6 juta tahun evolusi manusia, terdapat beberapa juta tahun yang memisahkan evolusi setiap keunikan-keunikan seperti berdiri tegak, menggunakan alatan, dan perkembangan otak. Terdapat tiada sebab untuk manusia sahaja yang berevolusi. Kenapa otak pada spesis lain tidak berkembang secara pantas seperti manusia? Jadi, teori Darwin adalah Salah kerana beliau tida mengetahui kronologi-kronologi tersebut sewaktu zamannya.

Berikutan konsep bulu pada badan pula, jika benar manusia berevolusi daripada beruk, kemana hilang nya bulu pada badan? Kenapa pada waktu ini hanya terdapat di tempat-tempat tertentu sahaja? Darwin berpendapat bahawa bulu pada badan semakin hilang kerana mengikut kesesuaian sekeliling / iklim dan kerana mengikut konsep 'Survival of the Finest' . Masuk akal kah apabila manusia sudah kehilangan bulu,  selepas bulu itu hilang, pada musim sejuk, manusia sekali lagi terpaksa memakai bulu agar boleh memanaskan badan dan menyesuaikan diri pada musim itu, kerana jika tidak, manusia akan mati kesejukan. Jadi idea ini tidak masuk akal.

Jika teori Darwin tidak dapat menjelaskan kepada kehilangan bulu pada badan manusia, apakah penjelasan seterusnya? Mungkinkah transition antara Hominids kepada manusia moden, di pengaruhi oleh benda yang bukan dari dunia ini?


Teori Evolusi secara Spiritual?

Alfred Russel Wallace, rakan kepada Darwin, memanggil teori ini sebagai teori 'Intelligence Evolution'. Darwin percaya bahawa otak manusia pada masa kini berevolusi secara semulajadi tetapi Wallace tidak dapat lihat bagaimana ini boleh berlaku. Wallace berpendapat bahawa, cara manusia berfikir, qualitinya adalah berbeza daripada spesis lain, dan beliau tidak dapat menyelesaikan 'evolusi kosong' ini melalui evolusi semulajadi kerana ianya hanya berlaku pada satu spesis sahaja, iaitu Manusia. Jadi, beliau muncul dengan teori Evolusi yang di perbaharui tentang kemampuan berfikir manusia moden. Oleh itu, beliau menggunakan penjelasan secara spiritual iaitu secara agama.

Alfred percaya dengan konsep terdapat satu 'entiti yang tidak dapat di lihat' di planet kita. Beliau juga percaya 'entiti yang tidak dapat di lihat ini' mempengaruhi kehidupan manusia 3 kali. Kali pertama adalah dengan mencipta kehidupan dari benda bukan organik, Kedua pula adalah apabila binatang-binatang di dunia mula mencapai kesedaran (consciousness). Ketiga kali pula, adalah apabila manusia secara tiba-tiba mempunyai kelebihan mental sepertimana yang ada pada kita sekarang. Beliau tidak bersependapat dengan Charles Darwin bahawa ini berlaku secara semulajadi, malah beliau percaya bahawa semua perubahan di dunia ini di pengaruhi oleh satu 'entiti yang kreatif dan pintar serta tidak dapat di lihat' (Creative Intelligence).

Jika mengikut logik, alam semulajadi yang lain, tidak mempunyai perubahan yang sebegitu ketara sepertimana apa yang berlaku pada manusia. Ia nya seolah-olah melawan semulajadi, jika ia melawan semulajadi, bermakna ada sesuatu atau seseorang yang memanipulasi kan semulajadi manusia. Tidak ada penjelasan mengenai evolusi manusia. Jika manusia berevolusi dan mempunyai perubahan ini disebabkan oleh benda atau makhluk atau sesuatu yang asing dari bumi sejak dari moyang awal kita, hanya itu sahaja penjelasan yang terdapat setakat ini. Unless you ofcourse put God in the equation, and who knows, who the Gods may have been. 

Adakah evolution Manusia benar-benar di pengaruhi oleh entiti yang asing dari bumi ini? Jika ya, mana buktinya? Kebanyakan saintis percaya bukti boleh di jumpa di dalam otak manusia sendiri.

Chicago, Illanois, pada December 2004, para pengkaji di Howard Hughes Medical Institute of the University of Chicago mengeluarkan report tentang betapa rumit dan komplex nya otak manusia adalah hasil daripada peristiwa 'Special Event' boleh di baca disini [Link].

Mereka berkata, kepintaran manusia bukan sahaja hasil dari evolusi, tapi dalam lingkungan 15,000 (lima belas ribu) tahun yang lepas, genes pada manusia purba telah melalui satu process perubahan secara mendadak dalam masa yang pendek. Evolusi yang sepatutnya mengambil masa berjuta tahun berlaku dalam masa beberapa ribu tahun sahaja. Amat mustahil untuk perkara seperti ini berlaku secara semulajadi melainkan ada Creative Intelligence yang melakukan manipulasi atas otak manusia. Kerana tidak ada satu pun spesis lain yang melalui process mendadak seperti ini, malah spesis lain ketinggalan masa evolusi lebih dari 10 juta tahun. Para saintis mainstream menggelarkan equation ini sebagai 'The Missing Link'. Dimanakah kaitannya antara evolusi beruk, monyet, gorilla and etc etc sehingga menjadi satu spesis yang mampu mencipta benda atomic dan aerospace?

Apakah Percikan yang berjaya mempercepatkan proses kepintaran manusia ini?
Adakah ianya mutasi genetik semulajadi sepertimana kebanyakan saintis pertahankan? Atau mungkinkah terjadinya modifikasi genetik yang dipertanggungjawab oleh entiti yang bukan berasal dari bumi?


Homosapien (manusia) yang bermula dari Afrika, pada waktu itu sudah mula pandai untuk memanipulasikan informasi yang mereka di terima di minda / otak mereka di mana Hominids (sebelum mereka) tidak pernah lakukan. Mereka dissassemble / merungkaikan informasi di minda kepada vocabulary seperti  symbol, dan kemudian menggabungkan informasi tersebut sehingga mereka boleh imagine benda-benda baru.

Mengikut teori Erich Von Daniken,  seorang penulis yang berasal dari Switzerland, -- Berjuta-juta tahun dahulu, Extraterrestrial (Makhluk yang bukan berasal dari bumi) tiba di planet ini. Mereka menyedari bahawa planet ini di penuhi dengan kehidupan, dan salah satu dari kehidupan di bumi ini yang agak maju dari lain adalah moyang kita iaitu manusia purba. Mereka mengambil DNA mereka dan menukarkan informasi asas di dalam DNA tersebut. Inilah proses genetik kita lakukan setiap hari. Cell juga ditukar, dan satu bahan di masukkan ke dalam rahim female pada spesis yang sama. Female ini akan melahirkan generasi seterusnya selepas 9 bulan. dan ini adalah mutasi yang berlaku pada manusia secara artificial.--

Bagaimana jika sebahagian dari genetik update yang manusia dapat dari makhluk bukan dari bumi, salah satu daripada genetik update itu melibatkan software download secara biological yang membolehkan mereka membezakan hemisphere dalam otak manusia untuk membolehkan manusia membuat alatan, organisasi sosial, untuk di buat, dan pada saat itu, hominids telah berubah kepada Manusia pada masa kini.

Jika Makhluk yang bukan berasal dari bumi ini, boleh travel trillion X two hundred 0 miles, berjuta-juta tahun cahaya, besar kemungkinan mereka mempunyai basic DNA yang sama, ofcourse it would depend dengan mereka punya genetic composition dengan kita, tetapi jika mereka boleh faham tentang chemistry dan prinsip fizikal pada dunia mereka, memanipulasikan DNA kita adalah satu perkara yang simple.

Tapi, jika makhluk asing yang mencipta manusia dengan menukar genetik kita, mungkinkah wujud lebih dari satu jenis hominids hasil dari experiment-experiment ini? This is a good question. Record-record purba (samada mythology atau agama) tidak pernah mengatakan bahawa manusia ini adalah hasil daripada sesuatu experiment, tetapi record purba mengatakan bahawa manusia di kurnia kan anugerah ini, tuhan anugerah manusia intelek dan ini adalah untuk manusia menggunakannya. 


FOXP2 adalah satu gene yang di jumpa dalam chromose manusia, dan gene ini lah asasnya yang totally membezakan kita dengan spesis-spesis yang lain. Saintis mengatakan, gene itu Sahaja, bertanggungjawab untuk TUTUR KATA & BAHASA. Dan manusia tidak dapat mencari bukti tentang dari manakah asal usul gene ini, benda ni, entah bagaimana gene ini muncul secara tiba-tiba di dalam chromose manusia. Conclusionnya, gene ini tidak mempunyai asal usul. Persoalannya, mungkinkah gene ini di beri, atau di anugerah kan kepada kita oleh makhluk yang bukan berasal daripada bumi ini?

Adakah makhluk bukan berasal daripada bumi itu adalah makhluk yang sama yang wujud di merata-rata tamadun purba di bumi ini, yang hendak manusia berkomunikasi pada level yang lebih sophisticated? Ini lah fundamental pada zaman ini yang ramai saintis tengah cari jalan untuk faham. Siapakah kita? Apa kaitan kita dengan makhluk yang bukan berasal daripada bumi itu? Mungkinkah benar teori mengenai genetik mutasi
tersebut yang telah berlaku sejak beribu-ribu tahun dahulu?

Mungkinkah bukti tentang asal usul makhluk asing kita sudah di passed down kepada manusia, iaitu secara code di dalam genetik? Mungkin jawapan boleh di perolehi, bukan dari saintis, tetapi daripada buku-buku agama kita sendiri, yang mendakwa bahawa Adam & Eve (Adam dan Hawa) benar-benar wujud.


Berdasarkan Agama & Mtyhology?

Dalam kitab Hebrew, the Book of Genesis mengisahkan bagaimana tuhan mencipta dua manusia pertama. Adam & Eve (Adam dan Hawa) di dalam Garden of Eden dan mengarahkan mereka untuk teruskan kehidupan sekaligus membenarkan mereka untuk multiply (membiak). Selama beratus tahun para Saintis dan Theologian berdebat samada penciptaan manusia ini adalah mitos ataupun fakta sejarah. Di dalam Torah, di terangkan bahawa manusia di ciptakan daripada habuk bumi (tanah) dan tuhan memberi kehidupan kepada manusia.

Pada tahun 1987, pendebatan tentang penciptaan manusia bertambah hangat. Dengan penemuan besar saintis bahawa genetik lineage SETIAP manusia di dunia boleh di trace back kepada seorang wanita yang dahulunya tinggal di afrika. Kajian ini telah di sahkan dan kukuh terutama apabila molekul dan rekod DNA bahawa Homosapien (Manusia) originated (berasal) di satu tempat, iaitu Afrika, dan apabila mereka telah fully modern dalam konteks kepintaran, mereka telah menyebar ke seluruh dunia. Kadangkala ianya di panggil Model Eve / Model Hawa, yang membuktikan bahawa memang benar ada wanita terawal pada awal zaman populasi manusia yang mana hanya dia satu-satunya wanita di dunia yang wujud pada ketika itu sekaligus meninggalkan kesan gene nya pada setiap manusia di dalam dunia.

Tapi, mungkinkah sains mainstream ini dan kitab agama, kedua-duanya pointing at the same MOMENT pada zaman dahulu, waktu kemunculan manusia pertama?

Pada pendapat peribadi saya, Adam dan Hawa bukan sekadar cerita, tetapi mereka memang wujud, dan mereka adalah manusia pertama, yang kita tahu setakat ni. dan mereka berjaya mempopulasi dunia ini. Apa itu Garden of Eden? Pendapat saya Garden of Eden adalah area di mana adalah satu tempat khas, atau kawasan genetik mereka di manipulasi kan, dan di situ juga adalah tempat tinggal asal mereka.

Beralih kepada pendapat saintis, jika Adam dan Hawa benar-benar wujud, seperti di ceritakan dalam kitab agama, adakah ini bermakna a serpent (dalam bahasa lain mungkin di sebut syaitan) memang benar2 menggoda mereka untuk memakan buah dari Tree of Knowledge. Jika ya, adakah peristiwa ini sebenarnya symbolik untuk menggambarkan tentang kebangkitan dan kesedaran minda manusia (yaitu selepas proses genetik mutasi?). Saat manusia mencari Makhluk yang pintar.

di dalam Bible, the serpent (syaitan) mengatakan, "jika anda memakan buah dari pokok ini, anda akan menjadi seperti Tuhan". Syaitan in a form of snake, menggoda Adam dan Hawa mnjanjikan bahawa mereka akan menjadi seperti tuhan. Pengetahuan yang Adam & Hawa dapat daripada buah itu, membolehkan manusia berfikir. Jadi, Apakah sebenarnya Tree of Knoweldge ini? Apakah sebenarnya yang di maksudkan dengan buah Khuldi tersebut? dan mengapakah dengan memakan buah itu adalah perkara yang tidak baik? dan seolah-olah makhluk bukan dari bumi tersebut, ada sesetengah pihak daripada mereka inginkan manusia mempunyai pengetahuan ini, untuk jadi seperti Tuhan. tapi sesetengah daripada mereka pula berkata "tidak! tidak! manusia tidak boleh memiliki pengetahuan ini". Cerita ini adalah lebih kurang sama dengan tuhan Greek Prometheus dimana mengingkari arahan tuhan-tuhan lain, datang ke bumi dan memberi pengetahuan Api kepada manusia, dan atas hal ini, seperti Syaitan, juga di buang ke bumi. Kenapa? Kerana dia menolong manusia untuk memiliki pengetahuan yang lebih.

Kesemua idea atau konsep Syaitan adalah sebenarnya adalah salah faham atau salah gambaran terhadap makhluk yang bukan dari bumi  yang turun ke bumi pada suatu masa dahulu. Mengikut teori, antara sebab mengapa kita mempunyai  idea / konsep tentang syaitan pada hari ini adalah kerana mungkin ada berlaku sesuatu peristiwa peperangan / percanggahan / permusuhan dari pelbagai pihak makhluk yang bukan dari dumi suatu ketika dahulu. Sebagai contoh, terdapat dua jenis puak makhluk yang bukan dari bumi ini, salah satunya baik dan salah satunya jahat. dan akhirnya pihak yang membelot, di buang ke bumi dan dikenali sebagai the Evil Fallen Angel --which they never were? or Really were evil?

Didalam Bible juga tertulis "God made humans in his own image". Apakah maksud sepatah ayat ini? Adakah maksudnya manusia di cipta sama dgn fizikal pencipta? dan kepada itu, beralih kepada soalan benarkah manusia ini berketurunan daripada beruk yang genetiknya di ubah? Ini boleh di jawab dengan mythology.

Mythology menerangkan bahawa manusia bukan berasal daripada beruk, tetapi something happen di bumi ni, dan makhluk bukan dari bumi datang untuk masuk campur dan hasil product adalah manusia pada zaman kini.

Pada pendapat peribadi saya dari segi sains, makhluk yang bukan dari bumi ini melakuka mutasi genetik asalnya pada beruk, sehingga lah terhasilnya manusia dan kemudian mereka menghilang..,manusia yaitu moyang kita yang sesudahnya menjadi manusia pada masa itu, melakukan hubungan sulit lagi dengan moyang beruk yang belum genetiknya di mutasikan. dan itulah yang sebenarnya di panggil 'Original Sin'. Apabila makhluk yang bukan dari bumi itu kembali ke bumi, dan menyaksikan bahwa penciptaan mereka telah corrupt, manusia bercampur aduk dengan beruk, mereka binasakan Kesemuanya dengan Banjir besar. dan untuk restrart experiment tersebut sekali lagi, dengan apa yang kita panggil Kisah Banjir nabi Noh.

Jenis-jenis hominids
Ia nya seperti ini. Pada mulanya makhluk yang bukan dari bumi datang ke bumi, menukarkan genetik beruk sehingga terjadinya early hominids, neandherthal, ataupun homo erectus, makhluk yang lebih kurang sama dengan manusia moden. dan mereka refine hominid tadi sehingga la mereka berjaya dengan homo sapien (manusia), dan homonids yang lain di binasakan.

Mungkinkah kisah Adam dan Eve, dan juga Noah's Ark sebenarnya cerita tentang kisah extraterrestrial ?
Bukti yang lebih jauh boleh di jumpa di peninggalan purba dan 'cerita saksi' daripada Tamadun terawal manusia di dunia.

Rajah X: Tablet Annunaki
Utara Iraq, sepanjang laut tigris, bersebelahan dengan Kota Mosul, adalah tempat ancient city of Nineveh. Di sini, pada 1842, archeologist british, Austin Henry Layard berjaya menemui The Great Library Ashurbanipal. Archive di raja yang mengandungi beribu-ribu clay tablet yang mempunyai encryption. Mesej atau text di ukur ke batu / tablet tersebut di jangkakan salah satu daripada record Penulisan manusia pertama di dunia. Tablet ini sudah di tafsirkan, dan ia menceritakan bahawa tuhan datang ke bumi, dan bertanggungjawab dalam penciptaan manusia. Samada ia nya mythology atau fakta, tiada siapa yang tahu.

Menurut tafsiran, tuhan-tuhan tersebut di gelar sebagai, Annunaki.. Rajah X menunjukkan tablet sumeria yang menunjukkan The Tree Of Life , dan Annunaki berdiri di sebelahnya. Mereka juga bersayap, yang mana 'Sayap' sebenarnya adalah symbolik atau gambaran bahawa Annunaki mempunyai kebolehan untuk terbang. Mereka juga mempunyai rantai yang mempunyai symbolik astronomy seperti bulan dan bintang. Technologi, pada 6000 tahun yang lepas.  Menurut tafsiran pada tablet lain pula, ia menceritakan bahawa Annunaki ini adalah makhluk giant / besar yang datang ke bumi untuk mencari Emas untuk planet asal mereka. Bila tuhan sumeria ini, Annunaki, ini menghadapi masalah untuk mengorek emas, mereka mencipta makhluk untuk bekerja, hamba untuk mengorek emas bagi faedah mereka. Ia juga di jelaskan di dalam tablet sumeria, bahawa ini adalah proses yang berteknologi jadi, di sini ada kemungkinan bahawa genetik manusia / evolution sebenarnya di reka oleh Annunaki dan mencipta Sumerian Image mengikut kesukaan mereka.

Mengikut tablet sumerian, Mereka mencipta manusia, mereka mencipta Adam & Eve. Menariknya cerita ini berulang-ulang beribu tahun kemudian di dalam Hebrew & Bible, tetapi konsep Annunaki di tukar kepada satu, iaitu Tuhan.

Hikayat-hikayat Purba mengenai Makhluk Yang Bukan Berasal Daripada Bumi adalah, Common. Maknanya wujud di setiap pelusuk agama, pelusuk mythology, pelusuk budaya di seluruh dunia. Manakala mainstream scholars tidak menghirau kan tentang bukti ini, mungkinkah cerita-cerita ini adalah sebenarnya bukti tentang extraterrestrial datang ke bumi dan mereka sebenarnya yang bertanggungjawab melakukan perubahan pada bumi ini:?

Bukan sahaja cerita ini wujud di dalam sumerian, malah di dalam Al-Quran sendiri mengatakan bahawa "Allah memberi bahasa kepada manusia", dalam Populvu Mayan juga mengatakan bahawa "Tuhan memberi bahasa kepada manusia". Mesir Purba juga mengatakan benda yang sama. It doesn't matter what ancient culture it is, semua tetap mengatakan benda yang sama berulang dan ulang kalinya.

Hopi's Petroglyph yang berusia 10,000 tahun
Sebelum sistem penulisan wujud, manusia melakukan komunikasi secara symbolik dengan mengukir ke batu yang di beri panggil sistem Petroglyph . Paling tertua adalah 10,000 hingga 12,000 tahun yang lepas. Menurut saintis,  Petroglyph yang terletak di selatan barat America mengaitkan moyang purba kepada puak Zuni dan Hopi kepada 'Star Beings' iaitu Makhluk yang berasal daripada langit /  bintang. 
Ekspresi grafik pertama yang di lakukan oleh manusia adalah Petroglyph. Maknanya, symbol adalah figure yang di ukir ke batu. Sebagai contoh, Hopi Indian mengukir tentang tuhan mereka yang 'Turun dari Langit'. Mereka mengelar mereka sebagai Kachinas, makhluk yang berasal dari luar angkasa, yang datang ke bumi menggunakan aircraft / mesin terbang, bukannya Tuhan pada mereka, namun Kachinas memberi mereka pengetahuan daripada planet lain. Fenomena yang sama berlaku di Eropah, Asia, Brazil. Bila kita tengok pada fakta, benda ini muncul di seluruh dunia. Setiap puak menceritakan lagenda yang sama, mengenai Orang Yang Berasal Dari Angkasa, turun ke bumi,  dan memberi impak pada culture2 tertentu. Kita boleh nampak corak tersebut di sini, dan tidak masuk akal lah jika corak ini di biarkan sahaja kerana waktu zaman silam, mungkin makhluk2 tadi berinteraksi dengan moyang purba, sekaligus mungkin membuat manipulasi genetik pada mereka dan akhirnya menjadi manusia moden seperti ini.

Kenapa Tamadun Tamadun Purba TIADA YANG TERKECUALI Asyik Mengatakan Benda Yang Sama, Berulang-Ulang Kali?

Pada pendapat saya, jawapan yang paling simple sekali adalah, bahawa perkara yang sama berlaku pada mereka, pada setiap puak yang berbeza, yang berjauhan. Pokoknya, setiap tamadun menceritakan kisah berdasarkan konsep Tuhan, dan andaikata jika anda letak posisi tuhan sebagai Makhluk Asing, semuanya memang logik dan boleh di terima akal.

Pada waktu dahulu, ini lah cara mereka berkomunikasi, Inilah cara merekan Mentafsir dan Menggambarkan benda yang ajaib--bagi mereka. Jika gadjet pada waktu moden ini, contohnya Television wujud pada zaman bermula nya tamadun manusia ini, dan jika anda memandu kapal terbang pada waktu itu, Nescaya anda juga akan di gelar sebagai dewa, ataupun tuhan (plural).

.....and here, I stop :)