Ju-On Sebagai Cover kali ni ekekeke |
Ramai yang mendakwa pernah di tindih oleh hantu ataupun lembaga hitam sewaktu tidur, dan bila di tindih, pernafasan mangsa selalunya terganggu seolah-olah di cekik ataupun, iyalah seperti di tindih kan, memang lah sesak nafas hehe. Cerita-cerita yang selalu saya dengar, mangsa selalunya mendakwa bahawa mereka boleh melihat hatu atau lembaga hitam yang menindih mereka ini. Walau di baca doa apa sekalipun, Mantera atau Jampi segala, lembaga hitam ini tak kan berhenti menindih. Why? Kenapa?
Sebab Hantu atau Lembaga Hitam tersebut Tidak Wujud.
Apa yang di alami oleh semua orang ada penjelasan saintifiknya, iaitu Sleep Paralysis. Sleep Paralysis ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak mengira jantina. Sleep Paralysis boleh berlaku dalam duration beberapa saat sehinggalah beberapa minit. Apa yang menarik perhatian adalah, apabila seseorang mengalami Sleep Paralysis, mereka akan mengalami Halusinasi seperti melihat Hantu atau Lembaga Hitam. Jadi, Tidak hairan lah jika fenomena ini sering kali di kaitkan dengan perkara-perkara ghaib, walhal scientific.
Sleep Paralysis
Nama lain bagi fenomena ini adalah 'Old Hag'. Terdapat juga beberapa lukisan / illustrasi pada abad pertengahan iaitu di mana tindihan ini di gambarkan dengan bayangan roh jahat menduduki dada seorang perempuan sehingga mangsa ketakutan dan ketakutan itulah yang membuatkannya sukar untuk bernafas.
1781 by Henry Fuselli |
Menurut A.J Cheyne, Pakar Psikologi daripada University of Waterloo, Kanada, Sleep paralysis ini adalah sejenis halusinasi kerana berlakunya gangguan tidur di tahap Rapid Eye Movement (REM). Apakah benda ni? Saya tak faham la..
Sebenarnya, Tidur bagi manusia boleh dibahagikan kepada 4 tahap iaitu Tidur Paling Ringan (setengah sedar), Tidur Mendalam, Tidur Paling Dalam dan akhirnya REM. Pada tahap REM inilah sering kali terjadinya mimpi-mimpi basah.. ehh mimpi-mimpi biasa.
Sleep Paralysis terjadi apabila Otak manusia bangun secara mendadak daripada tidur, namun tubuh badan masih tidur. Mangsa yang mengalami sleep paralysis selalunya merasa sangat sedar dan segar, seolah-olah mereka sudah bangun dari tidur, tetapi tubuh tidak mampu untuk bergerak. Tambahan lagi berlakunya halusinani muncul lembaga hitam yang mana merupakan ciri-ciri khas muncul daripada Mimpi.
Inilah yang menyebabkan, apabila kita cuba untuk mengatakan pada orang yang pernah mengalami 'di tindih hantu' ini, "ehh, kau bermimpi je tu", mereka akan menjawab, "Tidak.. saya bangun..". Ya, mangsa memang bangun, tetapi lembaga yang di lihatnya itu cuma halusinasi.
Namun, disebabkan ignorance yang tinggi, tidak kiralah bagaimana kita explain kepada mereka bahawa perkara tersebut bukan perkara ghaib, mereka tetap percaya dengan kewujudan hantu yang menindih mereka. Agaknya hantu tersebut kekurangan kerusi eh....
0 comments:
Post a Comment