This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, January 23, 2013

10 Perayaan atau Pesta Pelik



Festival adalah salah satu ceremonies untuk merayakan satu-satu perkara yang spesifik. Namun, diantara ribuan festival di dunia, terdapat beberapa juga yang pelik, well atleast pelik di mata saya.

Pelik kerana saya tak pernah jumpa, atau hanya di lakukan di tempat / sesuatu kaum itu sahaja. Walaupun Pelik, tetapi tetap Menarik! :D



10. Pesta Bawang Putih

Gilroy, California

Semuanya bermula oleh Dr. Rudy Melone, seorang presiden di kolej, yang terkejut dengan nama sebuah bandar kecil di Perancis yang mengganggap bandar mereka sebagai Garlic Capital of the World. Impian beliau pada dunia adalah, ingin membuktikan bahawa, Gilroy, sebuah kampung kecil di California patut mendapat gelaran itu.

Inilah event terbesar di dunia yang menjadikan Bawang Putih sebagai agenda utama. Didalam festival ini, sebuah perkara hendaklah berkaitan dengan bawang putih, termasuklah Sup Bawang Putih, Pie Bawang Putih, Sate Bawang Putih, Sandwhich bawang butih dan macam-macam lagi.


9. Pesta Mengecat Lembu

Luxembourg City, Luxembourg

Negara yang semua orang lupa adalah negara yang mengambil kredit bagi exploiting benda hidup, Lembu Palsu. Tiap musim panas (Jun), bandari Luxemborg menjadi 'hidup' dengan lembu besi, kayu, concrete dan fiberglass hasil kreativiti dari pelbagai artist. Terdapat Lembu danjuga Zebra yang di bentukkan dari kayu alpine, yang mana selepas itu, wanita-wanita bertelanjang mengiringinya. Ada juga wanita yang akan 'mooo'.

Tidak ada pertandingan, tidak ada hadiah atau pemenant. Festival ini cuma mempersembahkan karya art berkaitan Lembu.



8. Pesta Oren


Piemonte, Italy

Beberapa abad yang lepas, penduduk di dalam bandar ini memberontak dengan raja kejam yang menculik gadis sunti / dara dari rumah mereka dan memecahkan dara tersebut (if you know what I mean miahehe) sebelum perkahwinan. Bukan saja raja ini kemudiannya di potong kepala, malah di rejam sampai mati.

Kemudian pada abadke 21, pada era di mana ketatnya EU undang-undang agricultural, di mana Italy telah menghancurkan lebihan stok oren mereka. Menggantikan batu dengan buah and Pengawal Istana dengan Badut, berdiri di atas singgahsana, kemudian menghirup just Oren.

Ini adalah mungkin festival paling lawak yangpernahsaya jumpa. Mereka membazirkan sekurang-kurangnya 10,000 Kotak Oren.




7. Pesta Songkran

Chiang Mai, Thailand

Tahun Baru Thai, tidak mempunyai pertunjukan bunga api, champagne, ataupun apa-apabenda yang normalnya selalu kita lihat. Orang Thai betul-betul tahu bagaiman hendak berparty. Bermulanya dengan 100,000 orang yang hadir dengan Pistol Air, Water balloon, dan etc.

Bayangkanlah, anda sentiasa basah sewaktu berjalan di banda. Asal usul festival ini agak serious, dengan adanya Air tersebut sebagai symbol 'penyucian' diri or apa yang kita panggil 'buang sial'.


6. Pesta Moose Dropping

Talkeetna, Alaska

Bila alam semulajadi memberi anda lemon,buatlah lemonade. Bila alam semulajadi berikan anda taik Rusa, balingkan ia ke muka orang daripada ketinggian yg tinggi seperti dari Belon panas. Inilah yang berlakudi bandar ini. Kesemua kraftangan pada hari tersebut di perbuat daripada taik rusa, dan pada penghujung hari, orang akan membalingkan nya ke muka orang lain.

Sesiapa yang dapat mengenai target yang sama berulang kali.. Menang.. Pelik.


5. Pesta Mencukur Bulu Kambing Biri-Biri

Masterton, New Zealand

Jika di America, ada American Idol, Japan ada Iron Chef.. Di New Zealand pula, kalau anda nak jadi popular dan kaya, Mencukur Bulu Kambing Biri-Biri adalah jalannya!

Bermula pada tahun 1961, festival ini makin lama makin besar, dan kadangkala mereka terpaksa menggunakan tentera bagi menjaga keselamatan rakyat yang sedang merayakan pesta ini.



4. Pesta Sao Joao

Porto, Portugal

Salah satu pesta di Eropah yang paling meriah. Tak banyak orang tahu bahawa, bandar kedua terbesar di Portugal, iaitu Porto ini akan terang dengan cahaya pelbagai warna

Sesudah itu, keluarlah TUKULL miahehe.Tidak ada siapa tahu kenapa, tapibila mereka menjumpai yang berlawanan jantina, mereka akan hentam mereka di kepala menggunakan Tukul Plastic tersebut. Mungkinjuga diperolehi dari adat sewaktu zaman batu dulu, tak tahu lah. Sememangnya pelik.



3. Pesta Katak

Rayne, Louisiana

Saya ambil quote dari website pesta ni "You can bring your own frog or rent one.". hahaha.. Bandar yang progresif ini tidak suka untuk melihat oranglain ketinggalan.  Bagi orang luar yang tidak mempunyai katak, Pegawai Bandar sendiri akan meminjamkan mereka dgn bayaran kecil.

Bandar Katak Dunia adalah nama yang sesuai untuk bandar ini, di mana 500,000 orang dapat meraikan katak mereka samada dengan perlumbaan, ratu cantik, concert dan lain-lain. ada juga yang akan makan katak tersebut. 


2. Pesta Gelonsor

Gloucester, England

Di raikan pada hari isnin terakhir di England. Tidak ada sukan yang lebih radikal daripada ini. Tiap kali penghujung acara, mesti akan ada peserta yang akan patah tulang, bengkak2 macho dan berdarah sebagai ganjaran mengejar sebuah blok besar keju. Britain.. memang radikal ekekke

Asal usul acara ini, tidak di ketahui, tapi boleh di lihat lebih darip 50 peserta cuba mengalahkan keju yang turun dari atas bukit sehingga ke bawa, bergelut dan terjatuh memangdi jangka. Dan keju selalunya menang.


1. Pesta Tomato

Buol, Spain

Pesta Perang Buah terbesar di Dunia. Menarik peminat ribuat pelancong ke bandar kecil di Sepanyol ini. Membawa 90,000 kilo tomato kepada penduduk yang sedang mabuk di bandar itu. Selama sejam, sila tutup pintu rumah, kerana hampir keseluruhan orang akan berlumuran dengan warna merah bukan hasil darah, tapi hasil dari bash tomato.

Tiada istilah adat sepertimana orang-orang tua cakap "jangan main-main dengan makanan". Pesta inilah paling kotor di dunia.





Dan Itulah peliknya dunia kita. 

Tuesday, January 22, 2013

7 Artifak Purba yang Pelik

Artifak adalah objek peninggalan moyang kita atau moyang mereka (hehe) yang telah berjaya di temui semula samada tertanam di dalam tanah, di dalam gua, bilik-bilik rahsia dan yang sewaktu dengannya. Selalunya artifak berusia 100 tahun ke atas, klu dah menjangkau berjuta tahun, fossil dah tu ekekeke... (Apsal aku dah terbiasa ketawa cam itik ni?)

Berikut di bawah adalah penemuan artifak lama yang di anggap 'pelik' dan tidak logik bagi sesetengah saintis.

Artifak yang disenaraikan di bawah, ada kemungkinan menjadi bukti tentang kehadiran Makhluk Pintar, Makhluk bukan dari Bumi ataupun tamadun canggih yang telah lesap seperti Atlantis, 

Mungkin juga mereka hendak menunjukkan kepada kita bahawa tamadun lama adalah lebih canggih daripada apa yang kita sangka. Agak sukar untuk menerangkan satu per satu mengenai artifak ini kerana sebahagian daripada sukar untukdi jelaskan secara saintifik.



1. Antikythera Mechanism

Komputer TERTUA di dunia, or di planet bumi sahaja ( hehe ). Berusia dalam lingkungan 2,000 tahun. Di temui diperkarangan sisa kapal yang telah karam. Artifak ini mungkin membuktikan bahawa kemajuan teknologi saintifik telah wujud jauh lebih lama daripada apa yang telah kita sangka selama ini. 

Saintis berkata, penemuan reka-cipta Greek yang misteri ini meramalkan tentang Gerhana Matahari, kalendar yang teratur selama 4 tahun (makna nyaberterusan), dan mungkin juga berkait rapat dengan ahli astronomi dan engineer terulung, Archimedes.  


2. The Roman Dodecahedra

Dengan saiz yang hanya sebesar genggaman, artifak gangsa Roman ini di temui di Perancis, Switzerland dan Germany yang membentangkan soalanagung kepada ahli arkeologi, dimana mereka tidak mampu untuk mengesan apakah fungsi dan kegunaan artifak ini. Kebanyak artifak yang sama mempunyai symbol-symbol,ada yang tidak dapat di ketahui maknanya, dan ada pula simbol yang menyamai Zodiak. 

Walau banyak mana spekulasi tentang penggunaannya, termasuklah sebagai perhiasan, dan  juga sebagai objek percubaan eksperimen. Sangat pelik!.







3. Bateri Purba!
Tahukah anda, Zaman Purba dulu, Wujudya BATERI!! Benar! Bateri yang Boleh Menghasilkan Tenaga Eletrik. Eletrik sudah wujud sebelum Benjamin Franklin lagi...ohhh 
Tetapi, apalah kegunaan bagi mereka bateri ini walhal pada zaman dahulu, benda eletronik, mana wujud. (ke wujud tapi kita tak tau? perhaps dorang ada iPhone!! oh myyy)

Di temui di Baghdad, Iraq pada tahun 1936, diperbuat daripada pasu tanah liat, yang mengandungi rod iron digantung di dalam cylinder tembaga yang mana di salutkan dengan asphalt. Replica dan pelbagai eksperimen telah di buat dan berjaya membuktikan bahawa bateri ini berfungsi walaupun hanya dgn mengeluarkan sedikit tenaga eletrik. Menakjubkan dan sangat Pelik!



4. 'Burung' Saqara

teriArtifak yang diperbuat daripada kayu sycamore di temui pada 1898 di Gurun Sahara, Mesir. Berusia dalam lingkungan 2,300 tahun.  

Nampak tak pelik jika sekali pandang, tetapi cuba lihat pada bahagian Ekornya, bukankah ia seolah-olah menyerupai kapal terbang? Adakah tamadun purba mempunyai kelebihan untuk terbang diudara, ATAU mungkin mereka pernah lihat sebuah kapal terbang di udara, oleh kerana ka meretidak tahu apa Undentified Flying Object tersebut, maka menggunakan burung sebagai symbol. 



5. Kapal Terbang Kaum Inca?
Bersaluti emas, dari abadPre-columbian. Umur sebenar tidak di ketahui tapi dalam lingkungan 500 - 800 B.C.E (hampir menjangkau 3000 tahun juga). 

Sewaktu pertama kali di jumpa,ia di sangkakan menyerupai binatang. Tetapi setelah di teliti, 100% aerodinamiknya menyerupai sebuah Kapal Terbang. Replica besar 80x telah di buat, hasil eksperimen adalah, IA MAMPU TERBANG!








6. The Coso Artifact (Spark Plug Purba)
Ditemui pada 13 February, 1961 di Olancha, California.

Radiocarbon Dating telah mengesahkan bahawa artifact spark plug purba ini berusia dalam lingkungan 500,000 Tahun!!

Pelbagai eksperimen juga di jalankan oleh para saintis modern, ternyata dia telah di sahkan sebagai Spark Plug purba. Mungkin juga sisa-sisa dari Tamadun Atlantis.





7. Ecuador's Astronaut.

Di Temui oleh masyarakat tempatanEcuador. Artifak yang pada mulanya di sangkakan pakaian purba menjadi keraguan.

Para saintis berpendapat artifak ini menyerupai suit / costume bagi kegunaan menyelam dan juga angkasawan. Pengesahan tidak dapat di buat kerana artifak ini di jaga rapi bagi kepentingan rakyat Ecuador.


Monday, January 21, 2013

22 Fakta Menarik tentang Hantu


First of all, Kewujudan 'Hantu' yang sebenar-benarnya masih belum kukuh. Saya sendiri meragui nya kerana bukti sains pun belum ada, namun pasal wujud or tidak, nanti saya akan terangkan dalam entri lain di masa hadapan. hehe..

Okay, fakta di bawah ni, saya collect hasil dari membaca pelbagai 'claim' mengenai hantu-hantu ni.




1. Gangguan hantu lebih teruk berlaku kepada kanak-kanak yang baru akhil balikh.

2. Binatang boleh nampak atau mengesan hantu ni. Sebab itu lah selalunya binatang akan merenung habis-habisan kepada satu sudut, walhalnya jika kita lihat, tidak ada apa-apa.

3. Kanak-kanak selalunya dapat melihat hantu, tetapi menganggapnya sebagai 'kawan'.

4. Hantu seringkali di kaitkan dengan gangguan, yang mana selalunya berlaku di tempat2 gelap, bangunan usang, ataupun tempat yang telah lama di tinggalkan dan di diami semula.

5. Hantu tidak boleh atau tidak akan menyakiti manusia, mereka hanya mahu di sedari.

6. Hantu tidak mempunyai deria tentang masa.

7. Kadang-kadang, mereka wujud sewaktu keadaan manusia sedang bingung atau tidak sedar, seperti terperangkap di dalam mimpi.

8. Hantu tidak sedar yang mereka telah mati.

9. Terdapat 2 jenis hantu,
i: Hantu Recording (yang melakukan benda yang sama sewktu mereka masih hidup..  boleh di nampak, namun mereka tidak sedar tentang kehadiran manusia.

ii: Hantu Biasa (yang sedar dengan kehadiran manusia).

10. Hantu boleh masuk ke dalam mimpi seseorang.

11. Mereka boleh mengeluarkan bunyi-bunyian yang boleh di dengari oleh manusia.

12. Mereka boleh meninggalkan kesan bau, seperti bau wangi-wangian.

13. Kebanyakan hantu adalah Happy, tetapi ada juga yang masih terperangkap dengan kesedihan.

14. Hantu yang menyerupai  bayangan gelap adalah merbahaya. Anda harus berhati-hati,mereka selalunya kelihatan di hujung katil sewaktu anda tidur.

15. Hantu menyukai malam kerana kekurangan tenaga pada hari yang siang.

16. Kebanyakan gangguan hantu adalah hasil dari sisa hidup mereka yang lampau. Contohnya Hantu Recording.

17. Hantu yang bising atau suka menganggu manusia di kenali sebagai Poltergeists.

18. Hantu masih mengekalkan memory dan emosi sewaktu mereka masih hidup.

19. Hantu boleh berkawan dengan Hantu dari berlainan Era / Zaman.

20. Jika sewaktu hidup seseorang itu adalah jahat, kemungkinan jika jadi hantu, mereka masih lagi jahat.

21. Hantu binatang juga seringkali kelihatan.

22. Jika sewaktu anda tidur, anda merasa seolah-olah seseorang sedang berbisik atau meniup di telinga anda. Itu adalah Hantu...




Okay.. Saya selit kan sedikit humor. Hope anda terhibur ekekeke.



Sunday, January 20, 2013

Teori Roh Manusia.


ROH. Seringkali perkataan ini di sebut di dalam agama. Secara umumnya kita tahu bahawa ROH ini lah yang menghidupkan tubuh badan, perasaan, akal dan juga fikiran kita.

Tidak terdetik kah di hati kamu untuk mengetahui apa itu ROH secara bahasa logik atau saintifik nya? Sebelum kamu membaca entri ni, ROH adalah satu perkara 'Magic' atau 'Paranormal' dalam pengetahuan kamu, tak pun, something yang tidak mungkin dapat di jelaskan. Betul?

Memang benar. Ini adalah semulajadi kita sebagai manusia.

Apa-apa benda yang kita tidak faham atau sukar untuk jelaskan, kita akan gelar ia sebagai Miracle.
Jika kita sudah memahaminya, maka ia akan di gelar sains. Biar saya bagi contoh:

Bayangkan jika anda hidup di zaman batu, tiada apa-apa teknologi sekalipun, malah perkataan tersebut tidak wujud. Anda tinggal di dalam gua, menggunakan api sebagai lampu. Lalu datang seseorang membawa iPhone 5 kepada kamu dan memainkan muzik dan video di dalamnya. Rasa-rasa kamu adakan gelar iPhone tersebut sebagai teknologi ataupun 'Magic'?

Begitulah juga manusia pada hari ini.



PENGENALAN:
Entri ini cuma akan membentangkan tentang TEORI secara Saintifik yang diterima umum di dalam sains dengan menggunakan 'kaedah saintifik' yang membolehkan hujahan yang akan saya berikan menjadi kukuh mengenai entiri spiritual yang wujud di dalam setiap makhluk yang hidup. Kehadiran ROH di dalam badan secara kita tidak sedar, melainkan hanya di sebut di dalam agama. Teori Saintifik ini membuat hujahan yang mana pembaca (jika mahu) boleh membuat eksperimen. 


DEFINISI 'TEORI ROH':
"ROH" adalah satu benda yang tidak berjisim, entiri spiritual yang kekal, wujud di dalam setiap makhluk yang hidup. Walaupun host (makhluk) telah mati, ia akan terus wujud sepertimana ia telah wujud Sebelum lahir atau wujudnya host (badan makhluk) tersebut. Material yang telah berkembang didalam badan, samada seperti tumbesaran, beranak-pinak atau apa sahaja perubahan fizikal di dalam badan manusia adalah di sebabkan dengan kehadiran ROH tersebut. Bila host (badan makhluk) sudah luput atau memburuk di sebabkan dengan peredaran masa, dengan serta merta ia akan shutdown, maka keadaan tersebut memaksa untuk ROH tersebut meninggalkan host tersebut. Inilah apa yang kita gelar sebagai 'Mati'. 


APAKAH IMPAK 'TEORI ROH' BAGI AGAMA?:
"Teori Roh' berdiri di atas kaki nya sendiri, walaupun dengan ada bukti kukuh ia wujud, ia tidak akan mengganggu atau mendatangkan apa-apa impak dengan mana-mana agama. Kebanyakan orang 'Alim' atau orang yang mempunyai pegangan agama menerima konsep tentang sesuatu benda yang tidak berjisim, yang terus wujud walaupun telah mati dan membawa benda tersebut kepada kehidupan baru. Ada juga orang yang tidak beragama (atheist) percaya dengan benda yang sama. Di India, terdapat dua puak beragama dan tidak beragama yang menerima wujudnya entiti seperti ini.


JELASKAN LAGI JAKE, APA ITU 'TEORI ROH'?:
Nak tau yeah? Good, maknanya level curiosity anda berada di dalam keadaan yang baik hehe.
Wujudnya, di dalam alam semesta ini 3 jenis bahan tenaga iaitu: Bahan Kasar, Bahan Halus dan juga Spiritual.

Bahan Kasar:
Contoh bagi bahan kasar adalah Tanah, Air, Api, dan Udara . ('Ruang Kosong' juga termasuk di dalam kategori ini.

Bahan Halus:
Contoh wujud bagi bahan halus adalah Minda, Fikiran, Kepintaran dan Identiti.

Bahan Spiritual:
Bahan spiritual, adalah ROH hehe.

Kehadiran ROH di dalam tubuh badan bermaksud 'kesedaran'. Walaupun kita tidak boleh melihat roh tersebut, tetapi kita boleh merasainya, seperti mana kita tidak dapat melihat eletric, tapi dapat melihat cahaya yang terang, seperti mana kita tidak dapat melihat udara, tetapi dapat merasai tiupan angin yang sayu hehe. Persamaanya, bila kita mempunyai kesedaran, bermakna kita mempunyai ROH.

Apa-apa bahan / host yang didiami oleh ROH akan mengalami perubahan. Sebaik ia tercipta, ia kan membesar,kemudian menghasilkan produk, ia akan menjadi tua dan akhirnya akan mati.


APA KATA SAINTIS?:
Hidup dan Kesedaran kita merupakan adalah salah satu daripa symptom ROH ni. Kerana, mengikut sains, tidak ada penjelasan lain mengenai Kesedaran kita. Tiada sesiapa yang mampu menunjukkan bahawa kesedaran mampu di perolehi daripada jisim. Tu merapu namanya hehe. Terdapat juga banyak maklumat yang tidak konsisten yang mana tidak dapat di jelaskan didalam bidang sains tanpa mempertimbangkan kewujudan ROH.

Terdapat banyak data saintifik data yang kukuh telah di perolehi dalam peristiwa-peristiwa 'Mati Hidup Semula', 'Teringat Kehidupan Sebelumnya' dan juga 'Roh Keluar dari Badan sementara'. Namun begitu, sains masih belum boleh mengesahkan peristiwa ini kerana belum terdapat bukti kukuh bahawa ROH mereka telah tinggalkan badan atau tidak. Data Kukuh ada, Bukti Kukuh, masih di pertimbangkan.

Terdapat beberapa saintis mengeluarkan ramalan ROH bukanlah entiti yang mempunyai rupa dan fizikal seperti tubuh manusia, ROH adalah entiti yang mana kita boleh bayangkan seperti bintang yang bercahaya.

APA KESIMPULANNYA?:
Kesimpulannya, beberapa tahun dahulu, para Saintis tolak secara mentah-mentah tentang kewujudan roh. Mereka percaya, ROH hanyalah sebahagian dari kepercayaan purba manusia. Namun, kita harus berterima kasih dengan subsidiarie sains iaitu Quantum Physics kerana mereka telah mengeluarkan 'Teori Roh' dalam satu level yang lagi tinggi.

Mungkin akan mengambil masa dalam lingkungan 10 tahun, namun kebanyakan saintis percaya bahawa 'Teori Roh' akan berubah statusnya menjadi 'Bukti Roh' sebaik sahaja mereka berjaya membuktikannya.


Saturday, January 19, 2013

Mengapa Tamadun Purba Obses dengan Constellation Orion?

Constellation Orion

Click utk perbesarkan.


Pattern / Corak-corak bintang ini, berulang-kali wujud di tamadun purba, sepanjang zaman itu. Koordinat bagi Constellation (buruj), di peta kan,  beribu-ribu tahun dahulu, menggunakan tanah dan batu. Terdapat banyak klu bahawa Tamadun Purba mungkin berhubung di antara mereka dan Tuhan / Dewa mereka (Star People: 'Orang dari Angkasa').





PENGENALAN KEPADA ORION.


Orion's Nebula by Hubble Telescope

Pada 11 Januari 2006, Hubble Space Telescope telah menangkap gambar Orion's Nebula (yang belum pernah di lihat oleh mana-mana manusia). Sebuah pembentukan bintang yang sangat besar, 1,500 tahun cahaya dari bumi. (14191095708871202 Kilometers). Gambar panorama tersebut mendedahkan sebanyak 3000+ bintang yang berada dalam stage yang berbeza, dan para pengkaji sains mendapat sedikit pembayang bagaimana pembentukan bintang dan sistem planet boleh berlaku. Berpandukan sains moden, disinilah, di sebalik awanan habuk dan gas, bintang dan planet mungkin terhasil berbillion tahun dahulu.

Oleh itu, part pada orion ini, mendapat banyak perhatian daripada para astronomer seluruh dunia. Sehingga kini, masih terdapat lagi bintang-bintang dan planet yang baru dilahirkan. Jika bintang dan planet dilahirkan, bermakna ada sesuatu yang sedang berlaku di dalam nebula ini yang mana buat masa ini Manusia masih belum memahaminya.



Seperti yang boleh di lihat dari bumi, Constellation Orion adalah constellation yang paling menakjubkan dan mudah untuk di kenalpasti, sepertimana julung kalinya telah di dedahkan oleh Tamadun Purba di seluruh dunia sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Orion mendapat namanya daripada Mythologi Greek, iaitu demigod Orion, pada abad ke 8 B.C. Bila di gabungkan, constellation tersebut membentuk sebuah bahu, tali pinggang, dan kaki seorang manusia. Di bumi, constellation ini amat mudah untuk di lihat jika anda tinggal di bahagian Ecuator / khatulistiwa.


Tiga bintang utama yang terdapat pada constellation Orion, adalah AlNitak, AlNilam dan Mintaka. Bintang ini berada di bahagian 'tali pinggang' constellation orion. Kebanyakan orang tidak akan menghadapi masalah untuk mengenal pastinya kerana tiga bintang ini berada di dalam satu susunan.
Untuk menulis tentang bintang-bintang ini.. Angkasa seringkali di kaitkan dengan agama, yang mana pada zaman sebelum wujud Agama Samawi, Tamadun dan Agama Purba sering mengatakan bahawa angkasa adalah alamnya Tuhan / Dewa mereka.

Mengikut tradisi purba, di Mesir, Orion melambangkan Seorang Lelaki yang sedang Bergelut dengan Kehidupan, Pada Greek pula, Seorang Pemburu,  dan  tamadun lain menggapnya sebagai seorang lelaki Gergasi. Tidak kira lah mengikut mana-mana tradisi, kita tahu mereka menggapnya sebagai seorang Manusia. (Beribu-ribu tahun yang lepas). Tidak mustahil karakter Orion ini mungkin berpandukan seorang MAnusia yang pernah wujud pada zaman dahulu kerana, kita perlu ingat, bagi orang Greek, mereka menggelarkan Mythology ini lebih kurang seperti Sejarah, yang membezakannya adalah ianya lebih Purba daripada Sejarah. Kita tahun Sejarah adalah fakta.

Jadi, mungkinkah Orion ini mendapat namanya dari seorang Manusia yang pernah wujud pada zaman dahuulu? atau mungkinkah ada sebab lain yang lebih mendalam mengapakah Orion ini di sembah oleh Tamadun Purba? Sesetengah pengkaji percaya, jawapan mungkin boleh di percayai di Tamadun Purba yang wujud 2000 tahun sebelum tamadun Greek.









MENURUT TAMADUN PURBA MESIR:
Osiris& Isis

Menurut Mythology Egypt (Mesir), Tuhan datang daripada angkasa di mana tepat-tepat menghalakan ke arah 'Tali pinggang' Orion dan juga Sirius ( bintang paling terang di angkasa),
Mereka percaya, dari Orion dan Sirius turunnya makhluk yang  berada di dalam bentuk badan manusia, iaitu Osiris dan Isis yang ingin memeriksa tentang keadaan manusia di bumi.


Sirius dan Orion adalah penting pada tamadun ini kerana ia mewakili Osiris dan Isis, yang mana hampir Semua tamadun-tamadun purba menyembah dua dewa ini. Bagi tamadun mesir, Osiris adalah Orion, yang mana turunnya dewa mereka ini dari constellation tersebut, yang selalu berada di angkasa, melihat mereka dan selalu menghukum mereka kerana pada pengakhiran kehidupan, dia lah yang akan membuat keputusan samada mereka mendapat tempat di syurga, ataupun di 'kitar' dan di lahirkan semula.

Tamadun Mesir dengan jelas mengatakan bahawa constellation Orion ini di kaitkan dengan Penciptaan, secara spesifiknya Penciptaan secara Magic. Penciptaan pada zaman tersebut seringkali di kaitkan dengan tolak tambahan Dewa / Tuhan mereka, namun pada sains Moden, Penciptaan ini bermaksud kelahiran Bintang dan Planet Baru.



Menurut Tamadun Purba Mesir, 
Setelah beberapa lama memberi Ilmu dan memerintah, Osiris kembali ke Orion. Tamadun Mesir juga percaya bahawa Osiris akan turun semula dari Orion dan kembali ke bumi, suatu hari nanti.

Setiap Tamadun, Setiap Budaya, Hampir Setiap Agama, percaya dengan Kembalinya seseorang / deity ke angkasa dan Turunnya semula seseorang / deity ke bumi pada suatu hari nanti. Terdapat satu link yang belum di fahami di sini.


Adakah cerita-cerita penciptaan pada tamadun Mesir ini adalah sebenarnya dokumentasi tentang asal usul manusia yang bukan daripada bumi ini? Sepertimana konsep ini wujud di dalam Agama Samawi?

Text purba, di dalam Pyramid

Mengikut text agama yang diukir ke dalam dinding pyramid di mesir, yang berusia 2400 B.C, Firaun Unas memerintah selama 30 tahun sebelum beliau membuat pengembaraan ke sistem bintang, Orion. Firaun Unas juga menjadi berkuasa kerana beliau memakan daging-daging musuhnya dan juga mengorbankan ramai orang kepada Tuhan nya. Ada yang berpendapat bahawa kepercayaan yang ada pada Firaun Unas ini adalah sihir purba yang mana jika memakan daging-daging orang yang hebat, maka tenaga dan kuasa mereka akan masuk ke dalam badan si pemakan daging itu tadi. Setelah berbuat begitu sedemikian lama, Firaun Unas mengembara ke angkasa... ke Orion.



Mungkinkah text ini hanya sekadar mitos? Atau mungkinkah ia lebih mendalam daripada itu? Mungkinkah Firaun Unas betul-betul telah mengembara ke angkasa?  Jika ya, Bagaimana? Disebabkan perasaan ingin tahu, saya terus kaji dan kaji..

Jika kita dengar dan fahami betul-betul mengenai text purba mesir, mereka memberitahu secara tersirat bahawa tujuan penciptaan pyramid tersebut bukanlah sebagai Makam, tetapi sebagai satu platform untuk mereka mengembara ke angkasa beribu-ribu tahun dahulu. Sudah tentu ini cumalah spekulasi sahaja, namun tidak mustahil boleh berlaku kerana kita sendiri faham, Terknologi Purba yang telah hilang ini 1000 tahun lebih canggih daripada teknologi kita sekarang. 

Menurut pengkaji astronomy, jika ruang udara yang terdapat di pyramid tersebut di kaji sedalam-dalamnya, secara tepatnya ia menghala kepada beberapa constellation terutamanya Orion dan juga Sirius.
Terdapat banyak data saintifik yang membuktikan Pyramid, dan keseluruhan Giza menunjukkan serta mewakili Orion dan Sirius.
Mungkin juga ini adalah mesej purba yang ingin memaklumkan kita bahawa teknologi purba ini datangnya dari sistem bintang tersebut. Juga tidak mustahil. 

Keseluruhan konsep Pyramid Giza ini 100% menyerupai constellation adalah menarik, kerana terdapat banyak petunjuk bahawa Orion adalah destinasi di mana seringkali di kaitkan sebagai tempat 'Penciptaan' dan 'Kembali' nya manusia, (kepercayaan Tamadun Purba Mesir).

Jom kita ulangi semula soalan tersebut, Mengapakah Susunan Pyramid, dan juga Ruang Udara di dalam Pyramid menunjukkan ke arah Orion? Mungkinkah ia di wujudkan sebagai satu gateway / portal di antara Orion dan Bumi?  Jika ya, dapatkah ia membuktikan tentang asal usul manusia yang bukan daripada bumi ini?

Terdapat klu yang boleh di jumpai di Nubian Desert, dimana pengkaji telah menjumpai sebuah Artifak binaan Purba yang tertua didunia, yang juga menunjukkan kepada Orion. 

Nabta Playa
Bahagian Selatan Mesir, 500 batu di selatan Cairo, di pertengahan gurun Sahara, terletaknya tapak arkeologi yang misteri, yang di beri nama Nabta Playa. Di temui oleh beberapa saintis pada tahun 1974, para pengkaji berpendapat bahawa tapak ini digunakan sebagai tempat pemujaan dan ritual oleh tamadun purba yang hidup sewaktu 6400 - 3400 B.C. beberapa abad sebelum wujud Tamadun Purba Mesir. 

Apa yang menarik pada Nabta Playa, bukanlah berkaitan dengan penempatan mereka, namun berkaitan tentang Ritual Pemujaan mereka yang sangat pelik. Lebih dari 3 dekad, struktur batu seperti bulat ini dan susunannya yang tepat dengan constellation Orion telah memeningkan para arkeologi. 


Pembina Nabta Playa ini seolah-olah mempunyai sebuah level Fizik yang tinggi dan pengetahuan yang jelas tentang Matematik yang mana mereka masukkan kedalam struktur binaan ini. Bagi saya secara terang-terangnya, ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan dengan constellation tersebut. 

Seorang Engineer, Robert Bouval dan Scientest Dr Thomas G Brophy telah mengkaji tentang struktur mister ini lebih dari 10 tahun. Di dalam buku mereka, 'Black Genesis',  mereka memberi pendapat bahawa fungsi struktur ini adalah sebagai Diagram bintang yang allign dengan Orion's belt pada solstis musim panas.  Menurut saintis mainstream, dengan menggunakan kaedah Radiocarbon Dating, mereka berjaya membongkar umur sebenar struktur ini berusia lingkungan 7000 tahun yang lepas. Menggunakan matematik, saintis juga berjaya memastikan bahawa sewaktu tahun 4900 B.C, posisi tengah struktur tersebut allign 100% dengan Orion's Belt.

Persoalannya, bagaimana dan mengapakah Tamadun Purba ini sanggup membina struktur diagram yang kompleks ini menyamai dengan Orion? Kemudian pada tahun 3400 B.C, penduduk Nabta Playa ini secara tiba-tibanya ghaib daripada tempat tersebut. 

Teknologi yang ada pada Nabta Playa yang beribu tahun lebih lamanya adalah teknologi yang sama dengan Teknologi yang ada pada Pyramid Giza beribu tahun kemudian setelah ghaibnya mereka. Mungkin dengan turunnya ilmu dari Star People ini, yang menetap di sahara di mana pada zaman tersebut, Sahara adalah tempat yang paling subur sekali beribu tahun lamanya sebelum wujudnya Giza. Bila di kaji asal usul mereka, tempat akhir sekali yang dijumpai.. berada di selatan-barat Mesir.

Di gua mereka, terdapat banyak lukisan yang menunjukkan tentng Star People ini.. Apa yang peliknya, secara umum, mereka mempunyai tubuh seperti manusia, namun terdapat perbezaan iaitu Saiz yang Besar dan juga bentuk kepala yang agak pelik. (Seperti mana yang di adaptasi di dalam filem Independece Day (1996) sewaktu pembukaan awal filem tersebut). Samada lukisan ini adalah perwakilan secara artistic atau tidak, kita tahu, tamadun purba denganya yakinnya menganggap Star People ini sebagai Tuhan mereka.

Mengapakah lokasi Orion sangat penting bagi mereka? Adakah mereka sekadar tamadun yang jauh lebih canggih yang hilang dalam peradaban masa? Siapakah Star People ini? 
Mungkinkah sebenarnya Star People ini secara kasarnya adalah makhluk yang bukan berasal daripada bumi yakni dalam bahasa melayu kita memanggil mereka makhluk asing? 

Mungkin pemahaman yang lebih mendalam tentang orion boleh di jumpai di Teotihuacan.








MENURUT TAMADUN PURBA MAYA TEOTIHUACAN:
 35 Batu daripada Mexico City, terletaknya tamadun purba Teotihuacan. Sebuah kota purba yang pernah didiami oleh 150,000 orang pada zaman dahulu. Para pengkaji percaya, struktur yang menakjubkan di sini, termasuklah dua pyramid besar dan sebuah temple, di bina oleh kaum Maya pada abad ke 2 B.C.
Juga seperti Pyramid agung di Giza, susun atur dan posisi struktur monumen ini bersamaan dengan posisi Orion's Belt. Ini bukanlah satu kebetulan kerana layout di teotihuacan berada di dalam satu bentuk tepat Orion's Belt. 
 Kaum Maya adalah kaum yang sangat spesifik dengan Orion's Belt. Mereka mengatakan disitulah titik permulaannya Penciptaan. Dalam dokumen mereka pada 3114 B.C juga mengatakan bahawa, Tuhan / Dewa mereka, turun daripada Syurga (mereka menggelarkan langit sebagai syurga) ke bumi di Teotihuacan. 

Bagaimanakah dua struktur pyramid yang sama ini dibina oleh dua Tamadun Purba yang berjauhan beribu batu, tanpa sebarang komunikasi? Adakah ia cuma satu kebetulan? Atau mungkinkah ada connection di antara Orion dan Manusia? 

Ada kemungkinan bahawa beribu struktur purba yang ada di dunia ni (samada kecik atau besar), yang allign dengan Orion dibina oleh Tamadun Purba kerana di arahkan oleh Star People ini. Tujuan mereka adalah mungkin supaya manusia mengingati tentang asal usul Star People ini, . Bukan fakta, pendapat. 


Mungkinkah struktur-struktur ini dibina atas tujuan untuk memperingati tentang asal usul manusia juga? Terdapat juga pendapat yang lagi mendalam tentang perkara ini, mungkin bukan sahaja utk memperingait, malah untuk bertemu mereka di masa hadapan? (Siapa tahu, bila manusia dah mampu travel ke luar angkasa, mereka boleh jenguk Orion pula hehe)..

Mungkin soalan-soalan ini boleh dijawab oleh Tamadun ertua di Dunia. Tamadun Pertama Dunia.. Anda tahu apa tamadun no 1 wujud di dunia? ..... .......... Betul!! Mesapotamia! Tapi mesapotamia adalah tempat. Tamadun Pertama dunia adalah Tamadun Sumerian di ikuti dengan Babylonian..









MENURUT SUMERIAN & BABYLONIAN:

Ancient Sumerian Tablets
Di Mesapotamia (moden Iraq), pada tahun 1849, berdekatan dengan laut Tigris dan Kota Mosul, arkeologi telah menjumpai beribu tablet tanah liat yang di percayai telah di tulis oleh paderi babylonian pada abad ke 7 B.C.   Di antara tablet di jumpai, terdapat 2 tablet misteri yang di beri nama 'Babylonia Star Catalogue'. Menurut tafsiran, menerangkan secara tepatnya pergerakan astronomi apa yang kita panggil sekarang sebagai Zodiak.

Babylonian Star Catalogues
TExt-text mereka juga menerangkan bahawa tentang Tuhan / Dewa yang berada di constellation yang berbeza, para pengkaji menggelarkan ini sebagai Agama Cosmic. (Pada pendapat saya Tuhan / Dewa mereka ini bukanlah sebenarnya Deity agung, akan tetapi apa yang kita panggil sebagai MAkhluk Asing yang mana mereka telah salah anggap sebagai tuhan mungkin kerana Makhluk Asing itu tadi mempunyai teknologi canggih, dan manusia primitif pada zaman itu menggelarnya sebagai Miracle).  Tablet tadi juga membuktikan bahawa pengetahuan Cosmic yang terdapat pada tamadun ini datangnya dari Star People / Dewa / Tuhan mereka tadi. Mereka sebenarnya tidaklah menggelarkan makhluk ini sebagai Tuhan, malah jika di translate mereka menggelarkan mereka sebagai 'The Star People from Above'.

Babylonian Star Catalogue tadi mempunyai banyak maklumat menarik seperti Pengiraan MAtematik yang Tepat, mereka tahu Jarak di antara Matahari dan Planet-planet. Jika menggunakan logik akal, pengetahuan yang ada pada mereka ini sepatutnya belum wujud pada zaman itu, namun dengan wujudnya tablet tersebut, persoalan telah pun dijawab oleh mereka dengan mengatakan pengetahuan mereka datangnya dari Star People tadi..

Seperti tamadun purba yang lain, mereka (babylonian) juga menekankan bahawa Orion adalah tempat Penciptaan, dan juga Penjaga Alam Semesta. Mungkinkah rekod ini memberikan maklumat kepada kita mengenai kaitannya Manusia dengan Makhluk bukan dari Bumi ini?

Pada tamadun Sumerian pula, terdapat artistic lukisan di belakang tablet yang melambangkan semua makhluk humanoid yang juga menyerupai sebuah burung. Mengikut table sumerian, Makhluk ini adalah messenger / malaikat yang membawa maklumat daripada tuhan mereka kepada penduduk Sumerian.

Mungkin lukisan ini adalah symbolik bagi mereka kerana Malaikat / Messenger tersebut boleh terbang dari Orion ke Bumi membawa mesej. PAda zaman dahulu, tidak ada benda yang terbang di udara, Kecuali, burung..

Dalam Babylonian Star Catalogue juga mengatakan bahawa terdapat Kota yang mengelilingi bumi jauh di langit. Ini seolah-olah berbunyi seperti sebuah satelit ataupun sebuah kapal angkasa.. Perkara seperti ini tidak patut di alih pandang kerana ini adalah tamadun Moyang kita, Jauhhh beribu tahun sebelum wujud Sains Moden yang kita ketahui sekarang... Symbolik orng purba dan zaman sekarang tidak sama.

Tamadun babylonian juga mempunyai tradisi yang sangat kuat dan spesifik mengenai penciptaan manusia. Mereka mengatakan bahawa Tuhan / Dewa ini mulanya Turun dari Orion ke bumi, secara spesifiknya di mesapotamia jauh sebelum wujud manusia dengan niat untuk mendidiami planet bumi. Dengan itu, mereka menciptakan manusia yang pada asalnya bertujuan untuk membantu mereka bercucuk tanam.. Sehingga lah pada satu masa, mereka pulang semula ke Orion dan berjanji akan kembali ke planet bumi satu hari nanti.



Jika anda lihat pada hiroglif Sumerian, Mesir, Cerita pada kaum Mayan, jika anda lihat kesemua tamadun purba ini, apa yang akan anda jumpa adalah Perkara yang Sama, Cerita yang sama,  berulang-ulang di setiap tamadun, dan juga zaman dengan perbezaanya Cara mereka menyampaikan, dan juga bahasa mereka iaitu:-

"Mereka Datang Dari Angkasa ke Bumi, dan Mencipta Manusia" 










MENURUT KAUM HOPI:

Terdapat banyak tamadun Purba menunjukkan kepada Orion's Belt sebagai tempat bermula nya Penciptaan, Kaum Maya, Sumeria, Babylonian, Mesir... kesemua mereka merujuk kepada Orion sebagai bermulanya kehidupan dan juga pengakhiran. Jika mengikut sains, mungkinkah Orion's Belt adalah titik permulaannya penciptaan Alam Semesta? atau jika kononnya kita datang daripada Orion, adakah cara untuk menyeru semula makhluk-makhluk itu tadi?


di Black Mesa, Arizona, America. Kaum Hopi America memanggil tempat ini sebagai tempat tinggal mereka selama beribu-ribu tahun. KEluasan tempat ini menjangkau sehingga 1.5 juta ekar dan mengandungi sehingga 12 Kampung. PAra pengkaji telah mengkaji tempat ini bertahun lamanya, dan telah menemukan banyak bukti mengenai perhubungan makhluk bukan daripada bumi dengan manusia pada zaman dahulu. Mengikut research mereka, Mythology kaum Hopi, juga berpandukan dengan Orion.

Mereka membahagikan area Mesa ini kepada 3 daerah iaitu Mesa 1, 2, dan 3. dan kedudukan daerah ini menyerupai juga dengan kedudukan Orion.



Dikatakan juga, kaum Hopi migrate ke tempat ini kerana dengan kedudukan dan bentuk tempat tersebut. Jadi, kita boleh tahu, Kaum Hopi berminat atau tertarik dengan Orion's Belt.
Inilah center bagi dunia mereka. Mereka mendakwa inilah tempat di mana mereka boleh berhubung dengan tuhan Mereka. Mengikut research, bukan sahaja tempat ini yang menyerupai Orion. Bila keseluruhan penempatan mereka di connect, ia mempeta kan keseluruhan constellation Orion.

Setiap bintang utama yang berada di situ bersmaan samda dengan kota purba, tempat pemujaan ataupun penempatan kaum-kaum purba ini. Contohnya bahagian bahu Orion adalah penempatan Hopi yang di beri nama Wupatki.  MEreka berpindah ke sana dan kemudian meninggalkannya. Terdapat sebuah lagi tempat yang di beri nama Homolovi Ruins yang bersamaan dengan posisi Bintang Betelgeuse pada Orion. Hopi juga pernah menetap di Betakin yang juga bersamaan dengan posisi bintang Rigel.. Kampung yang berada di Canyon De Chelly juga bersamaa dengan posisi bintang Saiph dan banyak lagi sehinggalah benar-benar membentuk sebuah constellation Orion.


Inilah apa yang kaum Hopi cuma untuk achieve bila mereka membina penempatan-penempatan ini yang mana mengambil masa selama 3 Abad untuk membinanya. Tetapi, bagaimanakah Moyang Kaum Hopi ini tahu posisi tepat mengenai constellation ini? Mungkinkah mereka mempunyai pertolongan daripada Star People?

Mengikut Mitos Hopi, Tuhan pencipta mereka, iaitu Masau, mengarahkan kaum tersebut beratus tahun sepanjang mereka berpindah ke ketiga-tiga daerah Mesa tersebut. Yakni, tempat yang mana Tuhan mereka juga berjanji akan Kembali ke bumi pada masa hadapan. Masau memberitahu mereka di mana patut mereka membuat penempatan. 
Gambar di sebelah kiri adalah Fajada Butte. Kaum Hopi mendakwa di sinilah Tuhan mereka, Masau, turun dari Orion, pada waktu tengah malam ketika constellation Orion tepat-tepat berada di atas Butte tersebut. dan merekan menceritakan lagi, Masau mendarat di atas Butte tersebut.

Mungkinkah Tuhan Hopi, Masau ini, adalah sememangnya Sky People yang mengembara dari Orion sepertimana yang mereka dakwa?  Jika ya, mengapakah makhluk ini memberi arahan pada kaum hopi untuk berpindah randah dalam corak constellation ini?





GIZA,  TEOTIHUACAN,  NABTA PLAYA,  BLACK MESA...
Mungkinkah tempat-tempat yang berjauhan beribu kilometers, tanpa sebarang bentuk komunikasi antara satu dengan yang lain memperolehi banyak klu mengenai kehidupan awal dunia? Atau ada lagi penjelasan yang lagi mendalam dari ini?

Yang Pastinya, ini bukanlah sekadar kebetulan, kerana kita harus mencari faktor-faktor penting, terutamanya dari mana datangnya Ilmu Astronomi, Matematik, Geometry, dan Teknologi mereka?

Bila di rujuk semula kesemua tamadun ini, secara kerasnya mereka mendakwa bahawa Orion adalah tempat asal usul manusia,  di sini jugalah asal usulnya Star People. Jika kita mempunyai teknologi untuk memngembara ke Orion. adakah kita akan menjumpai sebuah planet yang serupa dengan bumi? Terutama lagi apabila Nebula Orion adalah pusat di mna lahirnya bintang dan planet baru secara mendadak (di buktikan dengan sains).


Pendapat saya. kehidupan selain dari kita di Planet Bumi ini 100% wujud, akan tetapi Fizik di planet lain kemungkinan tidak sama dengan planet bumi, dan kemungkinan boleh menjangkau jauh dari pemikiran kita. Apa yang tamadun purba ini percaya sewaktu zaman dahulu adalah  salah tafsiran mereka mengenai Makhluk yang bukan dari bumi ini yang di salah anggap sebagai Tuhan..

Orion mungkin mempunyai kehidupan, mungkin juga tidak. Tetapi inilah pendapat saya mengapa tamadun-tamadun purba sangat obses dengan Orion...