Sunday, January 20, 2013

Teori Roh Manusia.


ROH. Seringkali perkataan ini di sebut di dalam agama. Secara umumnya kita tahu bahawa ROH ini lah yang menghidupkan tubuh badan, perasaan, akal dan juga fikiran kita.

Tidak terdetik kah di hati kamu untuk mengetahui apa itu ROH secara bahasa logik atau saintifik nya? Sebelum kamu membaca entri ni, ROH adalah satu perkara 'Magic' atau 'Paranormal' dalam pengetahuan kamu, tak pun, something yang tidak mungkin dapat di jelaskan. Betul?

Memang benar. Ini adalah semulajadi kita sebagai manusia.

Apa-apa benda yang kita tidak faham atau sukar untuk jelaskan, kita akan gelar ia sebagai Miracle.
Jika kita sudah memahaminya, maka ia akan di gelar sains. Biar saya bagi contoh:

Bayangkan jika anda hidup di zaman batu, tiada apa-apa teknologi sekalipun, malah perkataan tersebut tidak wujud. Anda tinggal di dalam gua, menggunakan api sebagai lampu. Lalu datang seseorang membawa iPhone 5 kepada kamu dan memainkan muzik dan video di dalamnya. Rasa-rasa kamu adakan gelar iPhone tersebut sebagai teknologi ataupun 'Magic'?

Begitulah juga manusia pada hari ini.



PENGENALAN:
Entri ini cuma akan membentangkan tentang TEORI secara Saintifik yang diterima umum di dalam sains dengan menggunakan 'kaedah saintifik' yang membolehkan hujahan yang akan saya berikan menjadi kukuh mengenai entiri spiritual yang wujud di dalam setiap makhluk yang hidup. Kehadiran ROH di dalam badan secara kita tidak sedar, melainkan hanya di sebut di dalam agama. Teori Saintifik ini membuat hujahan yang mana pembaca (jika mahu) boleh membuat eksperimen. 


DEFINISI 'TEORI ROH':
"ROH" adalah satu benda yang tidak berjisim, entiri spiritual yang kekal, wujud di dalam setiap makhluk yang hidup. Walaupun host (makhluk) telah mati, ia akan terus wujud sepertimana ia telah wujud Sebelum lahir atau wujudnya host (badan makhluk) tersebut. Material yang telah berkembang didalam badan, samada seperti tumbesaran, beranak-pinak atau apa sahaja perubahan fizikal di dalam badan manusia adalah di sebabkan dengan kehadiran ROH tersebut. Bila host (badan makhluk) sudah luput atau memburuk di sebabkan dengan peredaran masa, dengan serta merta ia akan shutdown, maka keadaan tersebut memaksa untuk ROH tersebut meninggalkan host tersebut. Inilah apa yang kita gelar sebagai 'Mati'. 


APAKAH IMPAK 'TEORI ROH' BAGI AGAMA?:
"Teori Roh' berdiri di atas kaki nya sendiri, walaupun dengan ada bukti kukuh ia wujud, ia tidak akan mengganggu atau mendatangkan apa-apa impak dengan mana-mana agama. Kebanyakan orang 'Alim' atau orang yang mempunyai pegangan agama menerima konsep tentang sesuatu benda yang tidak berjisim, yang terus wujud walaupun telah mati dan membawa benda tersebut kepada kehidupan baru. Ada juga orang yang tidak beragama (atheist) percaya dengan benda yang sama. Di India, terdapat dua puak beragama dan tidak beragama yang menerima wujudnya entiti seperti ini.


JELASKAN LAGI JAKE, APA ITU 'TEORI ROH'?:
Nak tau yeah? Good, maknanya level curiosity anda berada di dalam keadaan yang baik hehe.
Wujudnya, di dalam alam semesta ini 3 jenis bahan tenaga iaitu: Bahan Kasar, Bahan Halus dan juga Spiritual.

Bahan Kasar:
Contoh bagi bahan kasar adalah Tanah, Air, Api, dan Udara . ('Ruang Kosong' juga termasuk di dalam kategori ini.

Bahan Halus:
Contoh wujud bagi bahan halus adalah Minda, Fikiran, Kepintaran dan Identiti.

Bahan Spiritual:
Bahan spiritual, adalah ROH hehe.

Kehadiran ROH di dalam tubuh badan bermaksud 'kesedaran'. Walaupun kita tidak boleh melihat roh tersebut, tetapi kita boleh merasainya, seperti mana kita tidak dapat melihat eletric, tapi dapat melihat cahaya yang terang, seperti mana kita tidak dapat melihat udara, tetapi dapat merasai tiupan angin yang sayu hehe. Persamaanya, bila kita mempunyai kesedaran, bermakna kita mempunyai ROH.

Apa-apa bahan / host yang didiami oleh ROH akan mengalami perubahan. Sebaik ia tercipta, ia kan membesar,kemudian menghasilkan produk, ia akan menjadi tua dan akhirnya akan mati.


APA KATA SAINTIS?:
Hidup dan Kesedaran kita merupakan adalah salah satu daripa symptom ROH ni. Kerana, mengikut sains, tidak ada penjelasan lain mengenai Kesedaran kita. Tiada sesiapa yang mampu menunjukkan bahawa kesedaran mampu di perolehi daripada jisim. Tu merapu namanya hehe. Terdapat juga banyak maklumat yang tidak konsisten yang mana tidak dapat di jelaskan didalam bidang sains tanpa mempertimbangkan kewujudan ROH.

Terdapat banyak data saintifik data yang kukuh telah di perolehi dalam peristiwa-peristiwa 'Mati Hidup Semula', 'Teringat Kehidupan Sebelumnya' dan juga 'Roh Keluar dari Badan sementara'. Namun begitu, sains masih belum boleh mengesahkan peristiwa ini kerana belum terdapat bukti kukuh bahawa ROH mereka telah tinggalkan badan atau tidak. Data Kukuh ada, Bukti Kukuh, masih di pertimbangkan.

Terdapat beberapa saintis mengeluarkan ramalan ROH bukanlah entiti yang mempunyai rupa dan fizikal seperti tubuh manusia, ROH adalah entiti yang mana kita boleh bayangkan seperti bintang yang bercahaya.

APA KESIMPULANNYA?:
Kesimpulannya, beberapa tahun dahulu, para Saintis tolak secara mentah-mentah tentang kewujudan roh. Mereka percaya, ROH hanyalah sebahagian dari kepercayaan purba manusia. Namun, kita harus berterima kasih dengan subsidiarie sains iaitu Quantum Physics kerana mereka telah mengeluarkan 'Teori Roh' dalam satu level yang lagi tinggi.

Mungkin akan mengambil masa dalam lingkungan 10 tahun, namun kebanyakan saintis percaya bahawa 'Teori Roh' akan berubah statusnya menjadi 'Bukti Roh' sebaik sahaja mereka berjaya membuktikannya.


0 comments:

Post a Comment