|
Constellation Orion |
|
Click utk perbesarkan. |
Pattern / Corak-corak bintang ini, berulang-kali wujud di tamadun purba, sepanjang zaman itu. Koordinat bagi Constellation (buruj), di peta kan, beribu-ribu tahun dahulu, menggunakan tanah dan batu. Terdapat banyak klu bahawa Tamadun Purba mungkin berhubung di antara mereka dan Tuhan / Dewa mereka (Star People: 'Orang dari Angkasa').
PENGENALAN KEPADA ORION. |
Orion's Nebula by Hubble Telescope |
Pada 11 Januari 2006,
Hubble Space Telescope telah menangkap gambar Orion's Nebula (yang belum pernah di lihat oleh mana-mana manusia). Sebuah pembentukan bintang yang sangat besar, 1,500 tahun cahaya dari bumi. (14191095708871202 Kilometers). Gambar panorama tersebut mendedahkan sebanyak 3000+ bintang yang berada dalam stage yang berbeza, dan para pengkaji sains mendapat sedikit pembayang bagaimana pembentukan bintang dan sistem planet boleh berlaku. Berpandukan sains moden, disinilah, di sebalik awanan habuk dan gas, bintang dan planet mungkin terhasil berbillion tahun dahulu.
Oleh itu, part pada orion ini, mendapat banyak perhatian daripada para astronomer seluruh dunia. Sehingga kini, masih terdapat lagi bintang-bintang dan planet yang baru dilahirkan. Jika bintang dan planet dilahirkan, bermakna ada sesuatu yang sedang berlaku di dalam nebula ini yang mana buat masa ini Manusia masih belum memahaminya.
Seperti yang boleh di lihat dari bumi, Constellation Orion adalah constellation yang paling menakjubkan dan mudah untuk di kenalpasti, sepertimana julung kalinya telah di dedahkan oleh Tamadun Purba di seluruh dunia sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Orion mendapat namanya daripada Mythologi Greek, iaitu demigod Orion, pada abad ke 8 B.C. Bila di gabungkan, constellation tersebut membentuk sebuah bahu, tali pinggang, dan kaki seorang manusia. Di bumi, constellation ini amat mudah untuk di lihat jika anda tinggal di bahagian Ecuator / khatulistiwa.
Tiga bintang utama yang terdapat pada constellation Orion, adalah AlNitak, AlNilam dan Mintaka. Bintang ini berada di bahagian 'tali pinggang' constellation orion. Kebanyakan orang tidak akan menghadapi masalah untuk mengenal pastinya kerana tiga bintang ini berada di dalam satu susunan.
Untuk menulis tentang bintang-bintang ini.. Angkasa seringkali di kaitkan dengan agama, yang mana pada zaman sebelum wujud Agama Samawi, Tamadun dan Agama Purba sering mengatakan bahawa angkasa adalah alamnya Tuhan / Dewa mereka.
Mengikut tradisi purba, di Mesir, Orion melambangkan Seorang Lelaki yang sedang Bergelut dengan Kehidupan, Pada Greek pula, Seorang Pemburu, dan tamadun lain menggapnya sebagai seorang lelaki Gergasi. Tidak kira lah mengikut mana-mana tradisi, kita tahu mereka menggapnya sebagai seorang Manusia. (Beribu-ribu tahun yang lepas). Tidak mustahil karakter Orion ini mungkin berpandukan seorang MAnusia yang pernah wujud pada zaman dahulu kerana, kita perlu ingat, bagi orang Greek, mereka menggelarkan Mythology ini lebih kurang seperti Sejarah, yang membezakannya adalah ianya lebih Purba daripada Sejarah. Kita tahun Sejarah adalah fakta.
Jadi, mungkinkah Orion ini mendapat namanya dari seorang Manusia yang pernah wujud pada zaman dahuulu? atau mungkinkah ada sebab lain yang lebih mendalam mengapakah Orion ini di sembah oleh Tamadun Purba? Sesetengah pengkaji percaya, jawapan mungkin boleh di percayai di Tamadun Purba yang wujud 2000 tahun sebelum tamadun Greek.
MENURUT TAMADUN PURBA MESIR:
|
Osiris& Isis |
Menurut Mythology Egypt (Mesir), Tuhan datang daripada angkasa di mana tepat-tepat menghalakan ke arah 'Tali pinggang' Orion dan juga Sirius ( bintang paling terang di angkasa),
Mereka percaya, dari Orion dan Sirius turunnya makhluk yang berada di dalam bentuk badan manusia, iaitu Osiris dan Isis yang ingin memeriksa tentang keadaan manusia di bumi.
Sirius dan Orion adalah penting pada tamadun ini kerana ia mewakili Osiris dan Isis, yang mana hampir Semua tamadun-tamadun purba menyembah dua dewa ini. Bagi tamadun mesir, Osiris adalah Orion, yang mana turunnya dewa mereka ini dari constellation tersebut, yang selalu berada di angkasa, melihat mereka dan selalu menghukum mereka kerana pada pengakhiran kehidupan, dia lah yang akan membuat keputusan samada mereka mendapat tempat di syurga, ataupun di 'kitar' dan di lahirkan semula.
Tamadun Mesir dengan jelas mengatakan bahawa constellation Orion ini di kaitkan dengan Penciptaan, secara spesifiknya Penciptaan secara Magic. Penciptaan pada zaman tersebut seringkali di kaitkan dengan tolak tambahan Dewa / Tuhan mereka, namun pada sains Moden, Penciptaan ini bermaksud kelahiran Bintang dan Planet Baru.
Menurut Tamadun Purba Mesir,
Setelah beberapa lama memberi Ilmu dan memerintah, Osiris kembali ke Orion. Tamadun Mesir juga percaya bahawa Osiris akan turun semula dari Orion dan kembali ke bumi, suatu hari nanti.
Setiap Tamadun, Setiap Budaya, Hampir Setiap Agama, percaya dengan Kembalinya seseorang / deity ke angkasa dan Turunnya semula seseorang / deity ke bumi pada suatu hari nanti. Terdapat satu link yang belum di fahami di sini.
Adakah cerita-cerita penciptaan pada tamadun Mesir ini adalah sebenarnya dokumentasi tentang asal usul manusia yang bukan daripada bumi ini? Sepertimana konsep ini wujud di dalam Agama Samawi?
|
Text purba, di dalam Pyramid |
Mengikut text agama yang diukir ke dalam dinding pyramid di mesir, yang berusia 2400 B.C, Firaun Unas memerintah selama 30 tahun sebelum beliau membuat pengembaraan ke sistem bintang, Orion. Firaun Unas juga menjadi berkuasa kerana beliau memakan daging-daging musuhnya dan juga mengorbankan ramai orang kepada Tuhan nya. Ada yang berpendapat bahawa kepercayaan yang ada pada Firaun Unas ini adalah sihir purba yang mana jika memakan daging-daging orang yang hebat, maka tenaga dan kuasa mereka akan masuk ke dalam badan si pemakan daging itu tadi. Setelah berbuat begitu sedemikian lama, Firaun Unas mengembara ke angkasa... ke Orion.
Mungkinkah text ini hanya sekadar mitos? Atau mungkinkah ia lebih mendalam daripada itu? Mungkinkah Firaun Unas betul-betul telah mengembara ke angkasa? Jika ya, Bagaimana? Disebabkan perasaan ingin tahu, saya terus kaji dan kaji..
Jika kita dengar dan fahami betul-betul mengenai text purba mesir, mereka memberitahu secara tersirat bahawa tujuan penciptaan pyramid tersebut bukanlah sebagai Makam, tetapi sebagai satu platform untuk mereka mengembara ke angkasa beribu-ribu tahun dahulu. Sudah tentu ini cumalah spekulasi sahaja, namun tidak mustahil boleh berlaku kerana kita sendiri faham, Terknologi Purba yang telah hilang ini 1000 tahun lebih canggih daripada teknologi kita sekarang.
Menurut pengkaji astronomy, jika ruang udara yang terdapat di pyramid tersebut di kaji sedalam-dalamnya, secara tepatnya ia menghala kepada beberapa constellation terutamanya Orion dan juga Sirius.
Terdapat banyak data saintifik yang membuktikan Pyramid, dan keseluruhan Giza menunjukkan serta mewakili Orion dan Sirius.
Mungkin juga ini adalah mesej purba yang ingin memaklumkan kita bahawa teknologi purba ini datangnya dari sistem bintang tersebut. Juga tidak mustahil.
Keseluruhan konsep Pyramid Giza ini 100% menyerupai constellation adalah menarik, kerana terdapat banyak petunjuk bahawa Orion adalah destinasi di mana seringkali di kaitkan sebagai tempat 'Penciptaan' dan 'Kembali' nya manusia, (kepercayaan Tamadun Purba Mesir).
Jom kita ulangi semula soalan tersebut, Mengapakah Susunan Pyramid, dan juga Ruang Udara di dalam Pyramid menunjukkan ke arah Orion? Mungkinkah ia di wujudkan sebagai satu gateway / portal di antara Orion dan Bumi? Jika ya, dapatkah ia membuktikan tentang asal usul manusia yang bukan daripada bumi ini?
Terdapat klu yang boleh di jumpai di Nubian Desert, dimana pengkaji telah menjumpai sebuah Artifak binaan Purba yang tertua didunia, yang juga menunjukkan kepada Orion.
|
Nabta Playa |
Bahagian Selatan Mesir, 500 batu di selatan Cairo, di pertengahan gurun Sahara, terletaknya tapak arkeologi yang misteri, yang di beri nama Nabta Playa. Di temui oleh beberapa saintis pada tahun 1974, para pengkaji berpendapat bahawa tapak ini digunakan sebagai tempat pemujaan dan ritual oleh tamadun purba yang hidup sewaktu 6400 - 3400 B.C. beberapa abad sebelum wujud Tamadun Purba Mesir.
Apa yang menarik pada Nabta Playa, bukanlah berkaitan dengan penempatan mereka, namun berkaitan tentang Ritual Pemujaan mereka yang sangat pelik. Lebih dari 3 dekad, struktur batu seperti bulat ini dan susunannya yang tepat dengan constellation Orion telah memeningkan para arkeologi.
Pembina Nabta Playa ini seolah-olah mempunyai sebuah level Fizik yang tinggi dan pengetahuan yang jelas tentang Matematik yang mana mereka masukkan kedalam struktur binaan ini. Bagi saya secara terang-terangnya, ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan dengan constellation tersebut.
Seorang Engineer, Robert Bouval dan Scientest Dr Thomas G Brophy telah mengkaji tentang struktur mister ini lebih dari 10 tahun. Di dalam buku mereka, 'Black Genesis', mereka memberi pendapat bahawa fungsi struktur ini adalah sebagai Diagram bintang yang allign dengan Orion's belt pada solstis musim panas. Menurut saintis mainstream, dengan menggunakan kaedah Radiocarbon Dating, mereka berjaya membongkar umur sebenar struktur ini berusia lingkungan 7000 tahun yang lepas. Menggunakan matematik, saintis juga berjaya memastikan bahawa sewaktu tahun 4900 B.C, posisi tengah struktur tersebut allign 100% dengan Orion's Belt.
Persoalannya, bagaimana dan mengapakah Tamadun Purba ini sanggup membina struktur diagram yang kompleks ini menyamai dengan Orion? Kemudian pada tahun 3400 B.C, penduduk Nabta Playa ini secara tiba-tibanya ghaib daripada tempat tersebut.
Teknologi yang ada pada Nabta Playa yang beribu tahun lebih lamanya adalah teknologi yang sama dengan Teknologi yang ada pada Pyramid Giza beribu tahun kemudian setelah ghaibnya mereka. Mungkin dengan turunnya ilmu dari Star People ini, yang menetap di sahara di mana pada zaman tersebut, Sahara adalah tempat yang paling subur sekali beribu tahun lamanya sebelum wujudnya Giza. Bila di kaji asal usul mereka, tempat akhir sekali yang dijumpai.. berada di selatan-barat Mesir.
Di gua mereka, terdapat banyak lukisan yang menunjukkan tentng Star People ini.. Apa yang peliknya, secara umum, mereka mempunyai tubuh seperti manusia, namun terdapat perbezaan iaitu Saiz yang Besar dan juga bentuk kepala yang agak pelik. (Seperti mana yang di adaptasi di dalam filem Independece Day (1996) sewaktu pembukaan awal filem tersebut). Samada lukisan ini adalah perwakilan secara artistic atau tidak, kita tahu, tamadun purba denganya yakinnya menganggap Star People ini sebagai Tuhan mereka.
Mengapakah lokasi Orion sangat penting bagi mereka? Adakah mereka sekadar tamadun yang jauh lebih canggih yang hilang dalam peradaban masa? Siapakah Star People ini?
Mungkinkah sebenarnya Star People ini secara kasarnya adalah makhluk yang bukan berasal daripada bumi yakni dalam bahasa melayu kita memanggil mereka makhluk asing?
Mungkin pemahaman yang lebih mendalam tentang orion boleh di jumpai di Teotihuacan.
MENURUT TAMADUN PURBA MAYA TEOTIHUACAN:
35 Batu daripada Mexico City, terletaknya tamadun purba Teotihuacan. Sebuah kota purba yang pernah didiami oleh 150,000 orang pada zaman dahulu. Para pengkaji percaya, struktur yang menakjubkan di sini, termasuklah dua pyramid besar dan sebuah temple, di bina oleh kaum Maya pada abad ke 2 B.C.
Juga seperti Pyramid agung di Giza, susun atur dan posisi struktur monumen ini bersamaan dengan posisi Orion's Belt. Ini bukanlah satu kebetulan kerana layout di teotihuacan berada di dalam satu bentuk tepat Orion's Belt.
Kaum Maya adalah kaum yang sangat spesifik dengan Orion's Belt. Mereka mengatakan disitulah titik permulaannya Penciptaan. Dalam dokumen mereka pada 3114 B.C juga mengatakan bahawa, Tuhan / Dewa mereka, turun daripada Syurga (mereka menggelarkan langit sebagai syurga) ke bumi di Teotihuacan.
Bagaimanakah dua struktur pyramid yang sama ini dibina oleh dua Tamadun Purba yang berjauhan beribu batu, tanpa sebarang komunikasi? Adakah ia cuma satu kebetulan? Atau mungkinkah ada connection di antara Orion dan Manusia?
Ada kemungkinan bahawa beribu struktur purba yang ada di dunia ni (samada kecik atau besar), yang allign dengan Orion dibina oleh Tamadun Purba kerana di arahkan oleh Star People ini. Tujuan mereka adalah mungkin supaya manusia mengingati tentang asal usul Star People ini, . Bukan fakta, pendapat.
Mungkinkah struktur-struktur ini dibina atas tujuan untuk memperingati tentang asal usul manusia juga? Terdapat juga pendapat yang lagi mendalam tentang perkara ini, mungkin bukan sahaja utk memperingait, malah untuk bertemu mereka di masa hadapan? (Siapa tahu, bila manusia dah mampu travel ke luar angkasa, mereka boleh jenguk Orion pula hehe)..
Mungkin soalan-soalan ini boleh dijawab oleh Tamadun ertua di Dunia. Tamadun Pertama Dunia.. Anda tahu apa tamadun no 1 wujud di dunia? ..... .......... Betul!! Mesapotamia! Tapi mesapotamia adalah tempat. Tamadun Pertama dunia adalah Tamadun Sumerian di ikuti dengan Babylonian..
MENURUT SUMERIAN & BABYLONIAN: |
Ancient Sumerian Tablets |
Di Mesapotamia (moden Iraq), pada tahun 1849, berdekatan dengan laut Tigris dan Kota Mosul, arkeologi telah menjumpai beribu tablet tanah liat yang di percayai telah di tulis oleh paderi babylonian pada abad ke 7 B.C. Di antara tablet di jumpai, terdapat 2 tablet misteri yang di beri nama 'Babylonia Star Catalogue'. Menurut tafsiran, menerangkan secara tepatnya pergerakan astronomi apa yang kita panggil sekarang sebagai Zodiak.
|
Babylonian Star Catalogues |
TExt-text mereka juga menerangkan bahawa tentang Tuhan / Dewa yang berada di constellation yang berbeza, para pengkaji menggelarkan ini sebagai Agama Cosmic. (Pada pendapat saya Tuhan / Dewa mereka ini bukanlah sebenarnya Deity agung, akan tetapi apa yang kita panggil sebagai MAkhluk Asing yang mana mereka telah salah anggap sebagai tuhan mungkin kerana Makhluk Asing itu tadi mempunyai teknologi canggih, dan manusia primitif pada zaman itu menggelarnya sebagai Miracle). Tablet tadi juga membuktikan bahawa pengetahuan Cosmic yang terdapat pada tamadun ini datangnya dari Star People / Dewa / Tuhan mereka tadi. Mereka sebenarnya tidaklah menggelarkan makhluk ini sebagai Tuhan, malah jika di translate mereka menggelarkan mereka sebagai 'The Star People from Above'.
Babylonian Star Catalogue tadi mempunyai banyak maklumat menarik seperti Pengiraan MAtematik yang Tepat, mereka tahu Jarak di antara Matahari dan Planet-planet. Jika menggunakan logik akal, pengetahuan yang ada pada mereka ini sepatutnya belum wujud pada zaman itu, namun dengan wujudnya tablet tersebut, persoalan telah pun dijawab oleh mereka dengan mengatakan pengetahuan mereka datangnya dari Star People tadi..
Seperti tamadun purba yang lain, mereka (babylonian) juga menekankan bahawa Orion adalah tempat Penciptaan, dan juga
Penjaga Alam Semesta. Mungkinkah rekod ini memberikan maklumat kepada kita mengenai kaitannya Manusia dengan Makhluk bukan dari Bumi ini?
Pada tamadun Sumerian pula, terdapat artistic lukisan di belakang tablet yang melambangkan semua makhluk humanoid yang juga menyerupai sebuah burung. Mengikut table sumerian, Makhluk ini adalah messenger / malaikat yang membawa maklumat daripada tuhan mereka kepada penduduk Sumerian.
Mungkin lukisan ini adalah symbolik bagi mereka kerana Malaikat / Messenger tersebut boleh terbang dari Orion ke Bumi membawa mesej. PAda zaman dahulu, tidak ada benda yang terbang di udara, Kecuali, burung..
Dalam Babylonian Star Catalogue juga mengatakan bahawa terdapat
Kota yang mengelilingi bumi jauh di langit. Ini seolah-olah berbunyi seperti sebuah satelit ataupun sebuah kapal angkasa.. Perkara seperti ini tidak patut di alih pandang kerana ini adalah tamadun Moyang kita, Jauhhh beribu tahun sebelum wujud Sains Moden yang kita ketahui sekarang... Symbolik orng purba dan zaman sekarang tidak sama.
Tamadun babylonian juga mempunyai tradisi yang sangat kuat dan spesifik mengenai penciptaan manusia. Mereka mengatakan bahawa Tuhan / Dewa ini mulanya Turun dari Orion ke bumi, secara spesifiknya di mesapotamia jauh sebelum wujud manusia dengan niat untuk mendidiami planet bumi. Dengan itu, mereka menciptakan manusia yang pada asalnya bertujuan untuk membantu mereka bercucuk tanam.. Sehingga lah pada satu masa, mereka pulang semula ke Orion dan berjanji akan kembali ke planet bumi satu hari nanti.
Jika anda lihat pada hiroglif Sumerian, Mesir, Cerita pada kaum Mayan, jika anda lihat kesemua tamadun purba ini, apa yang akan anda jumpa adalah Perkara yang Sama, Cerita yang sama, berulang-ulang di setiap tamadun, dan juga zaman dengan perbezaanya Cara mereka menyampaikan, dan juga bahasa mereka iaitu:-
"Mereka Datang Dari Angkasa ke Bumi, dan Mencipta Manusia" MENURUT KAUM HOPI:Terdapat banyak tamadun Purba menunjukkan kepada Orion's Belt sebagai tempat bermula nya Penciptaan, Kaum Maya, Sumeria, Babylonian, Mesir... kesemua mereka merujuk kepada Orion sebagai bermulanya kehidupan dan juga pengakhiran. Jika mengikut sains, mungkinkah Orion's Belt adalah titik permulaannya penciptaan Alam Semesta? atau jika kononnya kita datang daripada Orion, adakah cara untuk menyeru semula makhluk-makhluk itu tadi?
di Black Mesa, Arizona, America. Kaum Hopi America memanggil tempat ini sebagai tempat tinggal mereka selama beribu-ribu tahun. KEluasan tempat ini menjangkau sehingga 1.5 juta ekar dan mengandungi sehingga 12 Kampung. PAra pengkaji telah mengkaji tempat ini bertahun lamanya, dan telah menemukan banyak bukti mengenai perhubungan makhluk bukan daripada bumi dengan manusia pada zaman dahulu. Mengikut research mereka, Mythology kaum Hopi, juga berpandukan dengan Orion.
Mereka membahagikan area Mesa ini kepada 3 daerah iaitu Mesa 1, 2, dan 3. dan kedudukan daerah ini menyerupai juga dengan kedudukan Orion.
Dikatakan juga, kaum Hopi migrate ke tempat ini kerana dengan kedudukan dan bentuk tempat tersebut. Jadi, kita boleh tahu, Kaum Hopi berminat atau tertarik dengan Orion's Belt.
Inilah center bagi dunia mereka. Mereka mendakwa inilah tempat di mana mereka boleh berhubung dengan tuhan Mereka. Mengikut research, bukan sahaja tempat ini yang menyerupai Orion. Bila keseluruhan penempatan mereka di connect, ia mempeta kan keseluruhan constellation Orion.
Setiap bintang utama yang berada di situ bersmaan samda dengan kota purba, tempat pemujaan ataupun penempatan kaum-kaum purba ini. Contohnya bahagian bahu Orion adalah penempatan Hopi yang di beri nama Wupatki. MEreka berpindah ke sana dan kemudian meninggalkannya. Terdapat sebuah lagi tempat yang di beri nama Homolovi Ruins yang bersamaan dengan posisi Bintang Betelgeuse pada Orion. Hopi juga pernah menetap di Betakin yang juga bersamaan dengan posisi bintang Rigel.. Kampung yang berada di Canyon De Chelly juga bersamaa dengan posisi bintang Saiph dan banyak lagi sehinggalah benar-benar membentuk sebuah constellation Orion.
Inilah apa yang kaum Hopi cuma untuk achieve bila mereka membina penempatan-penempatan ini yang mana mengambil masa selama 3 Abad untuk membinanya. Tetapi, bagaimanakah Moyang Kaum Hopi ini tahu posisi tepat mengenai constellation ini? Mungkinkah mereka mempunyai pertolongan daripada Star People?
Mengikut Mitos Hopi, Tuhan pencipta mereka, iaitu Masau, mengarahkan kaum tersebut beratus tahun sepanjang mereka berpindah ke ketiga-tiga daerah Mesa tersebut. Yakni, tempat yang mana Tuhan mereka juga berjanji akan Kembali ke bumi pada masa hadapan. Masau memberitahu mereka di mana patut mereka membuat penempatan.
Gambar di sebelah kiri adalah Fajada Butte. Kaum Hopi mendakwa di sinilah Tuhan mereka, Masau, turun dari Orion, pada waktu tengah malam ketika constellation Orion tepat-tepat berada di atas Butte tersebut. dan merekan menceritakan lagi, Masau mendarat di atas Butte tersebut.
Mungkinkah Tuhan Hopi, Masau ini, adalah sememangnya Sky People yang mengembara dari Orion sepertimana yang mereka dakwa? Jika ya, mengapakah makhluk ini memberi arahan pada kaum hopi untuk berpindah randah dalam corak constellation ini?
GIZA, TEOTIHUACAN, NABTA PLAYA, BLACK MESA...Mungkinkah tempat-tempat yang berjauhan beribu kilometers, tanpa sebarang bentuk komunikasi antara satu dengan yang lain memperolehi banyak klu mengenai kehidupan awal dunia? Atau ada lagi penjelasan yang lagi mendalam dari ini?
Yang Pastinya, ini bukanlah sekadar kebetulan, kerana kita harus mencari faktor-faktor penting, terutamanya dari mana datangnya Ilmu Astronomi, Matematik, Geometry, dan Teknologi mereka?
Bila di rujuk semula kesemua tamadun ini, secara kerasnya mereka mendakwa bahawa Orion adalah tempat asal usul manusia, di sini jugalah asal usulnya Star People. Jika kita mempunyai teknologi untuk memngembara ke Orion. adakah kita akan menjumpai sebuah planet yang serupa dengan bumi? Terutama lagi apabila Nebula Orion adalah pusat di mna lahirnya bintang dan planet baru secara mendadak (di buktikan dengan sains).
Pendapat saya. kehidupan selain dari kita di Planet Bumi ini 100% wujud, akan tetapi Fizik di planet lain kemungkinan tidak sama dengan planet bumi, dan kemungkinan boleh menjangkau jauh dari pemikiran kita. Apa yang tamadun purba ini percaya sewaktu zaman dahulu adalah salah tafsiran mereka mengenai Makhluk yang bukan dari bumi ini yang di salah anggap sebagai Tuhan..
Orion mungkin mempunyai kehidupan, mungkin juga tidak. Tetapi inilah pendapat saya mengapa tamadun-tamadun purba sangat obses dengan Orion...